Friday, July 19, 2013

Jatuh cinta? What?!

Assalammualaikum,


Hi semua, apa khabar semua? Sihat? Alhamdullilah saya pun sihat. Hehe ~ Amacam puasa? okay? Alhamdullilah. Teruskan berpuasa kay kawan-kawan :)

Okay lately ni aku tak tahu la kenapa aku ni tetiba je dah "TERbuka hari dengan orang sini. I mean like, first masuk sekolah. First time pindah sini aku tak suka orang sini. Takkan tersangkut or whatever. Just pindah sebab kehendak parents. Just nak amik exam SPM and the poof gone from here. Tapi entah lah sejak kebelakangan ni hati tiba-tiba sahaja terbuka. Apahal? Cuba cakap kenapa? Aku sendiri pun tahu. Aku taknak pun semua ni. I mean aku tak suka crush-crush apa jadah semua ni. Gerenti wei at the end aku yang sakit. Apa cita? Biarlah aku dok single macam ni je. At least nanti datang juga jodoh aku kan? InsyaAllah.

Aku sendiri pun tak tahu, first time aku nampak dia. Muka dia iras-iras muka kawan abang aku. Adolah nama dia sapa. Serius muka dorang sama. Pendek pun sama. Dengan gaya dia. Dengan varsity merah dia. I mean like hey sama dengan crush aku yang dulu. Tapi tengok apa jadi? Crush lama aku dah couple. Aku dapat tahu la. Tak tahu betul ke tidak. Itu terpulang dialah. Aku takda perasaan dengan dia dah. But yeah dia familiar gila. Takut eh kalau aku terlebih berharap. Tak macam siot pulak aku nanti. Buat status "always be the broken hearted girl" nanti. hahah status tu memang betul pun. Ahaks. Ada aku kesah :p

Tapi kalau diikutkan aku dengan dia aku tinggi sikit je. Tak tahu lah. Kawan aku yang cakap. Tapi kalau dah macam tu tak macam pelik pulak kan nanti? lelaki pendek. Perempuan tinggi. Apa jadah senget? Baik cari yang tinggi dari aku betul tak? I don't know why senget aku suka dia. Aku just usha-usha dari jauh je. Takda maknanya nak dekat-dekat dengan dia. Tapi ada la juga buat selidik cari fb dia. Tapi still tak jumpa lagi. Penat tau tak. Apa la nama dia? Ahhh! Sometimes aku rasa penat la benda ni semua. Karang aku dah tak amik kesah karang baru tahu. Aku ni cepat tawar hati. So yeah, terpulang la kay. Kot kot dia perasan kot kalau aku dah tak usha-usha dia. Hahaha *mu ni Dini perasan ehh. tah dia perasan ke tidok mu tengok dia. cehh -.-

Haa, ni nak carita sedikit. Hari rabu yang lepas. Aku dengan adik aku balik jalan kaki. Almaklumlah, ayah takdok so kene jalan kaki pi sekolah and balik sekolah, best. bolehlah. Jimat duit wei. Haha. Okay, sambung balik. Time tuh masa balik. Aku ikut jalan belakang. And then dalam masa yang sama dia dengan kawan-kawan dia baru je turun. Aku pusing la belakang. Ternampak la dia. Pastu aku pandang depan balik. And then usha belakang balik. Kantoi sudah aku tengok dia. hahaha Terkantoi. Gentle malu ehh. Muehehe :3
Yang harini pulak. Dalam 6 kali la terserempak dengan dia. Dia pun sampai sekolah dalam masa yang sama dengan aku. Tapi disebabkan ada roadblock dekat depan dengan dak-dak cina tu aku jalan belakang dia -.- Tapi takpoolah. Kita orang pergi sekolah sama-sama. ahhahaha ini terlebih over. Whatever. And oh ada time nak pi toilet ya Allah wei aku terserempak dgn dia lagi. Yang kali tu aku nk jalan kiri dia pun nak jalan kiri. Aku nak jalan kanan. Dia pun nak jalan kanan. Sebokk je. Benci ehhh -.-

Hahhaha, whatever aku tak kesah pun korang nak cakap apa. Aku tetap akan tawar hati nanti. Dan aku kemungkinan akan tetap dengan pendirian aku. Aku tetap akan takkan jatuh cinta dengan orang Sarawak. Serious. Wa cakap benda yang betul. Kecuali kalau jodoh aku dengan orang sini itu takpat nak halanglah. Allah dah jodohkan aku dengan orang sini terima jelah. Haha. Ada la juga keturunan Sarawak. Muehehe. Cis, kata tak suka Sarawak. Kaki nak Dini oii. hahaha :p

So yeah, aku tak pasti sama ada aku jatuh cinta or just syok sendiri. Or just suka-suka biasa sebab gaya dia. Aku tak tahu. Aku masih buntu. Masih tak jumpa jalan. Ceh, acah-acah sastera. Piyydaa. Ahaha, takpa kay "masuk bakul, angkat sendiri" sekali sekala. Tak kesah pun. Dah selalu buat dah. Hahaah

Apa sajalah. Apa korang rasa eh? rasanya aku syok sendiri lah. Okayy, takpa. Kumbang bukan seekor. So yeah, terserahlah. Mungkin ramai lagi yang lebih baik dengan dia kan? Cehh, dah tawar hati ke cik Dini oii. hm, rasanya yelah kot. hahaha piyydaa :p

Hahaha, nampaknya sampai sini jelah. Next time cerita lagi. Selamat tinggal semua. Selamat menyambut bulan Ramadhan. Selamat berpuasa. Kurangkan makan. Lebihkan ibadat. Dan doa-doakan la saya ni nak SPM. Saya sangat perlukan sebab SPM dah nak dekat. Trial lagi 2 bulan. Mau tak masak dekat situ kan? T.T hmm, Sedih ehh. Doa-doakan saya kay? Terima kasih. Moga Allah balas balik jasa korang, InsyaAllah :*

Bye, Assalammualaikum xx

Quotes About Being In Love Tumblr

Dini ;)


No comments:

Post a Comment