Monday, December 31, 2012

2012 ♥

Assalammualaikum,


Hi semua! Dah lama tak update blog. Yelah kan, asyik busy je memanjang. Buat itu, buat ini. Padahal saja je nak busy kan diri. Ahaks :p

Haha, memandangkan harini hari last di tahun 2012. Aku nak buat quick update lah. Ala, faham-faham jelah eh? :)

Tahun 2012 telah banyak memory yang aku telah lalui. Dari buruk hingga ke yang elok. Eh? betul ke apa aku cakap ni? apa-apa jelah! haha. So, pada tahun 2012 ni juga lah aku rasa tahun yang paling best dari tahun yang sebelum ni. Serious! Tapi bila nak masuk 2013 ni aku rasa takda mood dah. First sebab SPM. Second sebab ahh well, you know. Kene pindah -.-

Awal tahun, okay. Pertengahan tahun, okay. Hujung tahun, tak okay. At the end of the year is not what I expected. Yelah, dah la kene pindah. Lepas tuh SPM dekat sekolah baru. Graduate dekat sekolah baru. Kawan takda. Sini apa je ada? Aku rasa lifeless dekat sini. Aku rindukan KL. Kawan-kawan. Segalanya. Semua kenangan yang aku buat semuanya hanya tinggal kenangan. Sedih tahu? :( Sekolah baru sini pulak rasa kureng selesa lah. Rasa macam nak je balik SMKLK! Baru haritu ingat nak graduate dengan kawanku. Tapi aku hanya merancang. Allah yang tentukan. Nak buat macam mana kan? Redha jelah. Mesti bestkan korang Graduate sama-sama :') Hm, kalau ada rezeki aku akan turun KL! InsyaAllah :)

Hm, sebenarnyakan aku rasa nak menangis ni sebab dah nak New Year. Aku sepatutnya celebrate new year dekat KL tapi tak dapat. So kene celebrate dekat Sarawak :( Rasa takda mood sangat nak celebrate. Lantak lah semua tuh. Yang aku tahu. Setahun je aku dekat sekolah sini. Lepas tuh aku nak balik KL balik. Nak hang dengan bestfriend aku. Serious aku rindu dorang. Tanpa dorang disisi aku, aku rasa lain :( Sekarang ni dorang semua pun entah kemana. Rasa forever alone dekat sini. hmm ~ hanya Allah je yang tahu apa aku rasa sekarang. Kalau korang baca ni aku nak korang tahu yang aku rindu korang sangat-sangat. Good luck for your SPM tau. Study elok-elok. Kalau ada rezeki kita jumpa ye :') Sayang korang! :'*

Ni Lusa dah nak sekolah. Kene struggle untuk SPM. Kene survive sekolah baru. Kene aim for A's untuk SPM. Segalanya akan aku buat demi masa depan aku. InsyaAllah! Dan tahun depan mesti lah stress. Kalau dah stress ni apa nak buat? Makan lah. Mana badan tak naik -.- Ahh, takpa setahun je. Lepas tuh relax and focus pada Universiti pulak. Wah wah wah, dah tahu dah apa nak buat tahun depan. InsyaAllah, azam aku tahun depan aku akan buat betul-betul. Bukan berazam dalam hati je macam tahun sebelum ni. Aku akan buat sedaya upaya. InsyaAllah kalau diizikan Allah, aku akan dapat apa yang aku nak. Apa yang parents aku nak. Aku yakin aku akan buat dengan baik! Wish Me Luck! ♥

Apa-apa pun 2012 telah jadi tahun yang sangat bermakna. Aku rasa bersyukur dengan segalanya Allah telah beri kepada aku. Hm, Selamat tinggal 2012. Terima kasih untuk segalanya. Kenangan pahit, manis, masam, segalanya :')

Okayokay, walau apa-apa pun terjadi aku tahu semuanya akan okay. Korang doakan aku tau! Untuk SPM aku. Doa kan kesihatan ku disini. Semua lah eh? InsyaAllah, Allah akan balas balik jasa baik korang semua :* sayang korang semua!

ANYWAY, HAPPY NEW YEAR EVERYONE! MAKE NEXT YEAR THE BEST YEAR THAN THE YEAR BEFORE. AIM FOR YOUR GOLD. AND MAKE IT HAPPEN! GOOD LUCK! :D 


P/s: GOOD LUCK KEPADA SEMUA SPM CANDIDATES. BUAT YANG TERBAIK. AZAM DALAM HATI. INSYAALLAH APA YANG KORANG NAK TU AKAN TERCAPAI. INSYALLAH! :D
Dini ;)

Tuesday, December 11, 2012

Holiday at SARAWAK! :)



Assalammualaikum,

heyyo, hows your holiday guys? Fun? No? Oh you mean Yes. Good. Good. Hahahaha merepek sorang-sorang. Hm okay.

So, dalam last post aku. Korang ada baca kan? Aku pernah cakap aku nak pindah mana? Haaa, ni nak bagitahu ni. Okay, tempat yang aku akan duduk selama 3 tahun kalau tak salah ialah.....


Peta apa ni? Haaaa, betul. Ni peta Sarawak. Aku akan duduk situ selama 3 tahun. Aku duduk di Kuching. Yes, Sarawak is a beautiful place that i've been. Serious :')

Dua minggu lepas aku terbang ke Sarawak. Yes, pada mulanya aku sangat tak suka Sarawak. Aku asyik fikir negatif je. Tapi lama-lama you can get use to it. Betul. Aku duduk di rumah baru ku di sana. Kawasan rumah dia lawa. Kawasan Kuching cantik je. Bersih. Thumbs up for Kuching, Sarawak! :D

Selama dua minggu aku duduk aku rasa macam tenang je duduk sana. Kawasan yang tenang. Jalan dekat sana semua nya dekat-dekat. Macam dari Airport ke rumah kitaorang ambil masa dalam 30 minit je. Tapi bagi aku 30 minit tuhlah lama. Kalau dekat KL 30 minit tuh sekejap kan? Tapi Kuching lain. Seriously. Cuaca sana pun lawa. Kalau hujan paling aku suka. Sejukkkkk je duduk dalam rumah :)

Kereta pula, hmmm.. biasa-biasa je. Kecik-kecik je. Sana kebanyakkan kereta Kelisa. Kancil. Myvi. Kebanyakkan kereta tulah. Yang besar-besar macam Exora, ke apa ke. Jarang. Yang ada pun office punya. Tu pun Honda. Hahaha betapa comelnya Kuching xD

Dalam dua minggu aku tak tengok tv sebab astro takda. Tv pakai pun untuk main game. Perabot pun belum sampai. Macam mana nak susun barang yang belum unpack? Buku-buku. Novel-novel tuh belum lagi susun. So rumah pun belum lagi tersusun selebihnya. Tunggu perabot datang la baru buat. Aku dapat katil baru :3 heeeee, suka suka! ;D hahaha itupun nak suka. ahhaha

Minggu pertama aku duduk aku rasa Ya Allah bosannya.. Nak balik KL. Blah blah blah. Tapi bila dah minggu kedua tuh baru aku rasa betapa bertuahnya aku dapat duduk di Kuching. Syukur. Aku start suka masa babah bawa kitaorang pergi Crocodile farm and Caltural Village. Seronok round-round Kuching :) Yang mana tak pergi lagi tuh bawa-bawa kan la diri tuh ke sini ye. Kalau ada rezeki lah :)

07/12/12 - Crocodile farm.


Crocodile farm, hm seronok gila walaupun seram sebab buaya dorang besar-besar ._. Ada time tuh dorang ada buat show bagi buaya makan. Ya Allah wei dorang macam gantungkan daging tuh dekat satu tali lepas tuh kasi buaya tuh makan. Pergh, buaya tuh lompat-lompat nak makan. Berebut. Gaduh. Macam-macam lah. Bunyi dia yang menyeramkan. Kalau la makan daging pun dah macam tuh kalau makan orang apa la kan. Eee, takut ._. 

Haritu dah la hujan. Tapi takda la lebat. After kitaorang blah dari tempat tuh baru hujan lebat. Sebelum kitaorang blah lalu la satu tempat ni. Dia tunjuk macam mana dulu ada budak kene makan dengan buaya. Tengok dorang potong perut buaya tuh nak keluarkan mayat budak tuh dalam perut buaya. Ya Allah wei, mengelikan + menakutkan. Again, menakutkan ._. hahahaha tapi at the end seronok :)


08/12/12 - Cultural Village


Cultural Village? Tempat yang paling seronok yang aku pernah pergi. I mean PALING BEST! Habiskan masa disitu hampir setengah hari la juga. Bayar mahal-mahal but it worth it. Honestly :) 

Perasaan nak masuk tuh. Wuwuwuw, excited gila. Masuk je dorang bagi satu passport ni. 


Passport dorang ni macam kalau korang dah lawat rumah Melanau lah, Rumah Melayu, Cina dan lain-lain. Korang kene cop. So kira korang kene dan mesti la lawat semua rumah disana. Aku gerak dalam pukul 9am. Perjalanan nak pergi sana amik masa dalam 30 minit je. Tapi rasa jauh sebab jalan dia macam kawasan kampung. Jalan dia kene straight je.

Tapi part yang paling aku suka time dorang buat show. Show dorang best sangat! Thumbs up! Pastu ada pula orang Ulu ni handsome gila :3 cair kita tau. ehehehe *gatal* :p hahah, handsome gentle handsome. Aku ingatkan orang Sarawak ni takda la handsome sangat macam dekat Sabah rupanya handsome juga. Takpa takpa nanti kita cari kawan ya :3 Boleh pergi lagi. Seriously aku nak pergi lagi. Next time dengan cousin la pula. Best gila-gila cultural village! :*

Masa nak balik tuh aku rasa macam alahai down je. I dont know why. Maybe sebab aku jumpa someone yang handsome. Ehem :3 hahaa I also left my heart there. Maybe someday will find him again? who knows right? hehe :3 

So yeah! So far dua tempat jelah aku pergi. Next time pergi lagi. Sangat seronok sana. Cuaca dia. Kawasan dia. Semualah! Masa nak balik tuh rasa berat je nak balik KL :( takpa takpa nanti aku balik juga. Heee ~ Lagipun aku duduk sini sekejap je dalam dua minggu, itupun sebab nak ambil buku teks sekolah. Banyak yang nak kene bawa. Everythinglah. Rasa tak sabar nak balik Kuching balik! :D Tapi dalam masa yang sama rasa sedih pula tinggalkan kawan-kawan dekat sini :( hope korang jaga diri  baik-baik tau. Aku sayang korang sangat-sangat! Kalau ada rezeki kita jumpa lagi :') 

So yeah, see you guys again. Thanks sebab habiskan masa korang dekat sini. Assalammualaikum! :*

Yep! 
Dini ;)