Saturday, October 12, 2013

Adakah aku jatuh cinta?

Assalammualaikum,


Hi semua, mesti semua macam pelik kan lately ni  aku kelihatan macam pelik je? ahaks. Nak tahu kenapa? Sebab spm dah tak lama. Semua jadi tak tentu arah. I mean everything makes me stress. Spm spm. Tak sabar nak habis spm woii!. haha

Spm dalam 25 hari lagi macam tulah. Tak lama dah wei. Seram sejuk jeee. haaa! Tolong Ya Allah! ;( Mintak-mintaklah spm tu senang je. Amin ~

Okay, ni nak cerita ni. Pasal title post ni. Haha, ok. I dont why tah dari mana, sejak bila, kenapa, semua ni belaku. I mean i dont know bila aku start suka semua ni. I dont know dari mana aku boleh suka dia. And semualah. I just dont know. Sebenarnya aku dah lama suka kan dia. Cuma malas nak mengaku. Now baru nak mengaku.


Manusia ni normal la mesti ada crush tersendiri. Macam aku ni. Aku suka suka juga. At the end aku yang kena sakit. Sebab apa? Sebab dia dah ada girlpren lah. Sebab dia tak beri respond lah. Sebab dia memilih lah. Semualah. Aku ni tahlah selalu sangat kena benda semua tu. I mean like, aku suka. And then si dia ada girlpren or whatever so aku akan terus move on. And terus tawar hati. Terus lupa. And akan memakan masa aku untuk sukakan orang lain. Tu masalah dia. Tapi dia ni? I dont know. Aku tak kenal dia lagi.

Hati aku mula berbunga sejak dia follow aku dekat insta. Yelah tah dari mana dia jumpa my insta pun tak tahu. Saat tu la hati aku dah lain. Aku stalk insta dia. Hampir setiap hati. Sebab nak tengok dia post apa-apa ke tidak dalam insta dia. And apabila di sekolah. Lagilah, mesti terserempak dengan dia. Hampir setiap hari. Tapi buat dunno jelah. Malas la nak tunjuk kan karang dia cakap apa pulak.

Bila terserempak dengan dia, nanti aku mula lah cakap benda pelik, cakap benda takda kena mengena, cakap macam orang bodoh. haaa, i do stupid things when i see him. Thats just not cool. Aku tak suka okay. haaa, normal kah bila kita jumpa crush kita, kita akan jadi pelik? normal kan? hahaha ok.

Day by day, aku stalk profile dia. Apabila dia post gambar dekat insta aku dengan cara tiba-tiba je happy semacam. Sedangkan benda biasa je. Aku stalk profile dia, aku teringin sebenarnya nak add dia tapiiii, segan. Yelah, aku selalu fikir aku tak layak dengan dia. Aku stalk gambar dia. Segalanya. Lawak kay gambar-gambar dia. Aku tak boleh nak stop senyum and tersengih-sengih. Adakah aku jatuh cinta? atau aku suka-suka sahaja?

Kawanku pernah cakap "perasaan suka tanpa kita duga" ia berlaku tanpa kita perasan sedangkan kita tahu yang benda ni semua benda biasa sahaja. Aku sendiri pun masih tercari-cari betulkah aku jatuh cinta? Rasanya ya, kadang-kadang tidak. Aku selalu keliru dengan hati aku sendiri. Adakah aku bertepuk sebelah tangan? aku rasa ya.

Perasaan ingin tahu sama ada dia sudah ada kekasih hati. Aku mula tertanya-tanya pada diriku. Adakah aku layak menjadi sebahagian daripada hidup dia? Adakah dia suka dengan aku? Adakah dia tahu yang aku sukakan dia? Aku terus tertanya-tanya sampai aku buntu. Aku mula bertanya pada kawan ku. Dia berkata semua ini boleh diatur. Aku terus berasa ingin tahu tentang itu. Atau dalam perkataan lain "desperate" adakah aku deperate? Aku rasa ya. Tapi dalam masa yang sama tidak. Segalanya bercampur. Jadi aku hanya tunggu sahaja apa yang akan terjadi. Andainya dia adalah jodohku aku terima sahaja dengan hati yang terbuka. Siapa yang taknak kalau 'crush' kita adalah teman hidup kita kan? Semua mahukan itu semua. Serupa juga dengan aku ini. Jodoh itu ditangan tuhan. Aku hanya hambaNya dan akan terima saja jodohku itu.InsyaAllah.

Dengan itu, adakah aku telah jatuh cinta dengan si dia? Atau aku saja-saja sahaja? Adakah hati aku ini saja-saja main-main kan ku? Banyak tanda tanya dalam hidupku ini. Kini, aku hanya tunggu tindakan si dia. Jika dia merasa perasaan yang sama. Aku la orang yang bahagia dalam hidup ini. Kerana aku telah jumpa teman hidupku. Semua ciri-ciri yang aku mahukan ada pada dia. Tapi tak segalanya. Bak kata orang, nobody is perfect. Tetapi adakah aku ini mempunyai ciri-ciri yang si dia mahukan? Masih menjadi tanda tanya.

Hm, jadi cukuplah sampai disini sahaja. Hidup aku penuh dengan tanda tanya. Aku mula buntu. Jadi aku akhirkan kata-kataku disini. Moga bertemu lagi. InsyaAllah. Selamat malam semua. Assalammualaikum :')


So we should wait and see :')
Dini ;)