Friday, January 11, 2013

Hurts..

Assalammualaikum,

Hi semua, apa khabar? ehehe. Okay harini aku saja nak buat quick post. You know sejak pindah ni macam-macam jadi pada aku. Aku rasa tak happy like always. Ada je benda yang nak merosakkan mood. Benci tahu?

Hm, tahulah aku dah masuk sekolah baru kan? Yea, aku tahu. Aku patut bersabar. Tapi siapa je tahu macam mana perasaan aku dekat sini? Ada orang tanya khabar? Ada tuh memang ada tapi tak semua yang aku harapkan. Yang mana tanya tuh terima kasih kerana amik berat pasal aku disini. Yang takda tuh hmm, mana korang pergi? Korang tahu aku sensara dekat sini? :/

Memandangkan tahun 2013 ni tahun terakhir aku bersekolah, aku ingatkan nak habiskan je sekolah dekat SMKLK tapiiiii ada saja penghalang. Contoh macam nanti siapa pula yang nak jaga aku dekat sana? alahai, apa gunanya kawan? Apa gunanya sedara mara? Kalau takda sedara mara pun at least ada kawan. Aku dah plan baik-baik dah sebelum masuk sekolah. Kira dah berazam. Berazam nak focus dalam SPM. Taknak main-main semua tuh. Baik punya plan kan. Sekali masuk sekolah. Alahai, rasa awkward. Orang cakap tak faham. Aku rasa forever alone dekat sini :(

Setiap kali belajar mesti aku akan terfikir pasal kawan-kawan aku dekat KL. Sedara mara aku, Cikgu-cikguku dekat KL. Apa lah khabar dorang dekat KL? Happy ke? Sihat ke? Aku memang selalu bila dalam kelas akan automatik temenung je sorang-sorang. Tak focus langsung. Asyik ingatkan dorang je. Haihhh, apalah nasib. Sedih tak life aku ni? Sedih sangat.

Balik sekolah jee haaa mula lah nak comment itu ini. Yelahh mana tak sedih doh, sekolah dah lame. Graduation takda. Apa je yang ada dekat sekolah tuh? Dahlah last year aku sekolah tahun ni. Terus hancur macam tu je. Sedih. Aku plan ingatkan nak duduk KL habiskan hari persekolahan dekat SMKLK. Tapi tak kesampaian. Lagipun dari tahun lepas lagi aku dah plan nak grad dengan dorang. Mesti seronok pakai jubah, dapat sijil. Semua tu kan? Siapa je taknak?

Hampir setiap hari aku menitiskan air mata. Kadang-kadang dah kering dah air mata ni. Nampak tak betapa sensaranya aku dekat sini? Selalunya bila aku keseorangan baru lah aku menangis. So takdalah orang tahu yang aku ni menangis kan. Adalah juga aku try mintak mama and babah nak balik KL. Boleh duduk dengan atuk semua tuh. Jawapan dorang still NO! And aku dah menitis air mata dah depan dorang. Who knows dorang kasi kan? Tapii tak berhasil. Alahaii ~

Sejak kebelakangan ni aku rasa malas je nak buat semua benda. Aku rasa lifeless je dekat sini. Asyik benda yang sama je aku tengok. Boring. Aku ni dahlah jenis cepat muak. Tapi kalau Logan tuh tidakkk lahh. Dia kekasih hati aku tau :* hahaha kalau lah dah jodoh aku dengan Logan. Terus kahwin je toksah amik SPM. Logan dah kaya kan? ahaha dah mula la tuh melalut. ok stop.

Oh lupa, hampir setiap malam aku akan bermimpi pasal kawan-kawan aku dekat KL. Aku mimpi aku dapat belajar balik dekat SMKLK. Aku mimpi dorang terkejut aku sekolah balik dekat SMKLK. Dorang peluk aku kuat-kuat membuatkan aku sebak. Aku dah banyak kali mimpi pasal benda tuh. Lagi tak boleh belah Najwa pun sama ada mimpi hampir-hampir sama dengan mimpi aku. hm, kalau lah mimpi tuh betul. Ya Allah, hanya Allah SWT je yang tahu betapa gembiranya aku time tuh. Hm, who knows kalau Allah bagi peluang untuk bersama dengan kawan aku balik ke kan? Who knows? Kita hanya merancang. Allah yang tentu kan.

Lagipun aku dah berubah. Sembahyang pun penuh 5 rakaat. Alhamdullilah. Tengok berita. Tengok cerita lame semua tuhlah. Ada masa aku buat Solat Istikharah. Aku minta lah semua tuh. Mana tahu Allah bagi aku peluang? Kalau dia bagi peluang ni pun aku dah bersyukur dah. Aku serious. Aku kalau boleh nak je buat semua ni sendiri. Tapi tak kesampaian sebab kan umur. Kalau lah ada siapa-siapa dekat sini. Nak je minta tolong dia uruskan ke kan? Tapi entahlah. Nampaknya tak dapatlah. Sedih sangat dekat sini. Siapa je tahu?

hmm, hah! lagi satu sekolah sini sangatlahh mengelabah. tahu mengelabah? haa, datang lambat walaupun 1 minit kene demerit. Sikit-sikit demerit. Benci tahu? Fikir bagus sangat ah? alahaiii. So mengelabah. Itulah salah satunyaa sebab aku tak suka sekolah sini. Kalaulah ada peluang boleh balik SMKLK. Aku sanggup amik peluang tuh. Serious!

Hm, aku rasa dah banyak dah aku celoteh dekat sini. Apa-apa pun macam ni lah aku sekarang. Sedih. Sensara. Segalanya. Sakit tahu? Parents aku pun tak kesah. Nak buat apa lagi? Aku hanya mampu berdoa jelah. Hope termakbul ke kan? Bolehlah aku happy macam dulu kan? :) ahha

Okay, will post something soon. Goodbyeeee ~ Assalammualaikum :)

Dini ;)