Wednesday, March 19, 2014

Result Spm dah keluar?!

Assalammualaikum,


Hi, heyyo, Hello. Bonjour, Hey mate, ayeeeeeee people, what else? hahaa

So, harini hari yang agak berdebar sangat-sangat sebab aku ni batch '96 so maksudnya esoknya result dah keluar. Im so freaking nervous ok. Memang takut, nervous, risau semua ada ok. Hmm 

Spm dulu masa buat benda yang paling risau result la. Memang la kita rasa kita dah buat sebaik mungkin. Tapi misalnya kita gagal macam mana? Tak ke kecil hati parents kita? Well, aku tak cakap la kita gagal. Tapi misalnya ok misalnya. Aku tak mintak gagal, aku hanya mintak lulus pun cukup la janji lepas masuk Universiti or Kolej ke? At least boleh sambung belajar. Aku taknak ah lagi duduk tanam anggur je dekat rumah kan macam sekarang ni? 

Aku memang mintak-mintak semua tahun 1996 lulus SPM tahun 2013. InsyaAllah amin! kalau tak dapat naik pentas ke apa ke takpa at least kita lulus kan? Kita kan pelajar yang cemerlang yang mungkin lagi mahir dalam kemahiran? Who knows? Kita tak tahu apa bakat kita or apa keistimewaan kita? Kan kan kan? Tak bermakna kita ni bodoh. Kita pandai. Manusia buat kesalahan. Tapi it will work it out. Maybe satu hari nanti kita berjaya juga jangan risau :') Pray to Allah swt kay kawan-kawan ku? Redha je apa saja keputusan. 

Aku ni pun agak gelabah gak nak amik esok ni haaaaa. Kau tak tahu, aku kurang tidur wei. Dok fikirkan result. Mana-mana website buka mesti ada muncul "goodluck batch '96 untuk esok" dan sekian-sekian. Yeah, aku selalu nampak dalam twitter ah. Aku mana main sangat facebook wei. Takda privacy. Harhar

Apa-apa pun, goodluck again eh korang! I wish a best of luck! serious, redha je apa yang kita dapat. Aku ni pun mintak-mintak lah doakan kay? Aku takut ni nak tahu keputusan dia apa? Yang bab keluarga tu lagi ah. nanti mesti dok tanya "dapat berapa?" "susah ke exam?" "anak untie result pun lebih kurang macam tu juga cuma up sikit lah" and sekian sekian kan. Dah biasa dah lagi-lagi dengan untie yang agak rasa diri dia "VOC" sangat dok bangga-bangga kan anak dia kan? Well, news flash kita semua sama cuma kemahiran je lain. So jangan dok bangga sangat kay. Maybe kita ni lagi baik dari anak dorang. Hahaha agak kejam je ayat aku tuh. Haha, aku cakap dari pengalaman aku la :p

Esok, datang sekolah amik je result baca bismillah kay untuk orang muslim la. Yang lain idk la. Pastu if banyak A tu bersyukur la. If mana yang takda A pun tapi lulus tu bersyukur juga kay? Ini hanya permulaan. 

Aku ni pun esok maybe datang, amik slip result, say hi to kawan lama?, amik barang yang pernah tinggal dekat sekolah like "fail peribadi, folio" or whatever. Jumpa cikgu and then balik. Tu aku la. Malas nak lama-lama dekat sekolah bukan ada apa pun. Aku just takut nanti orang macam menyampah dengan aku. Yelah, selama habis sekolah ni mana tegur siapa-siapa dah just tegur yang mana ada je, tu pun jarang. So, maybe dorang macam fikir aku sombong ke apa ke. Tahu la manusia. Dah biasa dah. Yang okay tu okay la, aku pun okay la dengan dia. If yang mana dok merajuk tu sorry, i tak layan ah orang yang macam tu, dok merajuk nak pergi mana an? So whatever. Haha takpa ah kita lihat je ah esok macam mana. 

Hm, rasanya sampai sini jelah kita berhenti ye? ok bye. Goodluck lagi sekali! Assalamualaikum xx


Goodluck batch '96. Keep pray for a good result. May Allah be with us. Accept everything. bcs Allah knows us the best.
Dini ;)

Tuesday, March 11, 2014

Faded away...

Assalammualaikum,



Hi semua, kita jumpa lagi. Ni la first post dalam 2014 wei. Ya Allah sudah sekian lama aku tak update blog ni. Haha nampak kemalasan dia nak update? Ceh.

So, so far ni aku rasa hidup aku ni macam alaa susah nak cakap lah macam-macam jadi. Malaysia juga. Malaysia sekarang jerebu, air tarak, sekian sekian. Tu yang aku dengar dari orang semenajung. Memandangkan aku duduk Sarawak aku takda masalah sangat. Sini alhamdullilah ok. Cuaca je agak panas. 

Baru-baru ni pulak Malaysia dikejutkan dengan beritu kapal terbang hilang. And i was like. Hilang?! really like how kan? Kesian keluar mangsa yang masih tunggu berita yang sudah 3 hari dah dorang dok cari tak jumpa. Cita pasal kapal terbang ni satu dunia tahu. So yeah, hope dorang selamat la. Just keep pray for MH370 ni. InsyaAllah Amin.

Sekarang kes aku pulak. Hari ahad lepas. 9/3/14. Hari yang agak merosakkan mood aku. Kes phone hilang dekat suatu kedai di Mall. Boleh pulak orang tu bukak beg aku dan amik phone aku, dan betul-betul aku tak perasan or rasa wei. Gentle. Yang tak boleh belah tu orang tu perempuan. 2 tak pakai tudung. 2 pakai tudung. Wtf?! pakai tudung kot? 4 orang berkerjasama tak takut dosa tak takut balas Allah swt. Dan buat malu kaum perempuan and kaum perempuan yang bertudung. I mean hello if you want to steal someone phone or whatever kind of shiiittttts you one why must me? Padahal ramai lagi orang yang dok tayang-tayang barang dorang. Orang yang bawak handbag dorang macam takda benda dalam beg tu. Ramai k but kenapa aku. Ehey, aku tak nangis. Sebenarnya nak nangis tapi tahan je sampai balik. Aku tak heran sangat phone tu tapi isi dalam tu yang penting. Yang bodoh sekali how dorang nak unlock phone aku? Bukak je ada pin code. Pastu ada pattern. HAHA, people these days are so study. I bet they are goung to hell la for stealing someone property. Duit tak halal. Makan la kau dekat situ. Stupiiiidddddddd! 

So now i cant text someone, whatsapp, wechat or whatever like i always do all day with my phone. Ugh, nak beli phone baru fikir 2-3 kali gak ah nak beli doh. Ingat senang mintak je dapat? Tak okay. Sekarang semua benda pakai duit. So kena sabar ah dan lihat macam mana nanti phone apakah yang aku akan dapat. 

And the moral is, jangan percaya orang. Dan orang sekarang susah nak dipercayai. Muka je nampak macam innocent tapi hati dorang hitam,  niat dorang lain. So jangan mudah diperdaya dengan orang sekarang. Make sure to take care of yourself your belongings. Ok? 

So yeah, thats about it. Nak update sikit je tak larat nak cita banyak-banyak. Moga kita bertemu lagi? InsyaAllah. Byeeeeeeeeeeee xx 

Assalaammualaikum.



Just live your live. Forget the others. Be who you are. 

Dini ;) 

Saturday, October 12, 2013

Adakah aku jatuh cinta?

Assalammualaikum,


Hi semua, mesti semua macam pelik kan lately ni  aku kelihatan macam pelik je? ahaks. Nak tahu kenapa? Sebab spm dah tak lama. Semua jadi tak tentu arah. I mean everything makes me stress. Spm spm. Tak sabar nak habis spm woii!. haha

Spm dalam 25 hari lagi macam tulah. Tak lama dah wei. Seram sejuk jeee. haaa! Tolong Ya Allah! ;( Mintak-mintaklah spm tu senang je. Amin ~

Okay, ni nak cerita ni. Pasal title post ni. Haha, ok. I dont why tah dari mana, sejak bila, kenapa, semua ni belaku. I mean i dont know bila aku start suka semua ni. I dont know dari mana aku boleh suka dia. And semualah. I just dont know. Sebenarnya aku dah lama suka kan dia. Cuma malas nak mengaku. Now baru nak mengaku.


Manusia ni normal la mesti ada crush tersendiri. Macam aku ni. Aku suka suka juga. At the end aku yang kena sakit. Sebab apa? Sebab dia dah ada girlpren lah. Sebab dia tak beri respond lah. Sebab dia memilih lah. Semualah. Aku ni tahlah selalu sangat kena benda semua tu. I mean like, aku suka. And then si dia ada girlpren or whatever so aku akan terus move on. And terus tawar hati. Terus lupa. And akan memakan masa aku untuk sukakan orang lain. Tu masalah dia. Tapi dia ni? I dont know. Aku tak kenal dia lagi.

Hati aku mula berbunga sejak dia follow aku dekat insta. Yelah tah dari mana dia jumpa my insta pun tak tahu. Saat tu la hati aku dah lain. Aku stalk insta dia. Hampir setiap hati. Sebab nak tengok dia post apa-apa ke tidak dalam insta dia. And apabila di sekolah. Lagilah, mesti terserempak dengan dia. Hampir setiap hari. Tapi buat dunno jelah. Malas la nak tunjuk kan karang dia cakap apa pulak.

Bila terserempak dengan dia, nanti aku mula lah cakap benda pelik, cakap benda takda kena mengena, cakap macam orang bodoh. haaa, i do stupid things when i see him. Thats just not cool. Aku tak suka okay. haaa, normal kah bila kita jumpa crush kita, kita akan jadi pelik? normal kan? hahaha ok.

Day by day, aku stalk profile dia. Apabila dia post gambar dekat insta aku dengan cara tiba-tiba je happy semacam. Sedangkan benda biasa je. Aku stalk profile dia, aku teringin sebenarnya nak add dia tapiiii, segan. Yelah, aku selalu fikir aku tak layak dengan dia. Aku stalk gambar dia. Segalanya. Lawak kay gambar-gambar dia. Aku tak boleh nak stop senyum and tersengih-sengih. Adakah aku jatuh cinta? atau aku suka-suka sahaja?

Kawanku pernah cakap "perasaan suka tanpa kita duga" ia berlaku tanpa kita perasan sedangkan kita tahu yang benda ni semua benda biasa sahaja. Aku sendiri pun masih tercari-cari betulkah aku jatuh cinta? Rasanya ya, kadang-kadang tidak. Aku selalu keliru dengan hati aku sendiri. Adakah aku bertepuk sebelah tangan? aku rasa ya.

Perasaan ingin tahu sama ada dia sudah ada kekasih hati. Aku mula tertanya-tanya pada diriku. Adakah aku layak menjadi sebahagian daripada hidup dia? Adakah dia suka dengan aku? Adakah dia tahu yang aku sukakan dia? Aku terus tertanya-tanya sampai aku buntu. Aku mula bertanya pada kawan ku. Dia berkata semua ini boleh diatur. Aku terus berasa ingin tahu tentang itu. Atau dalam perkataan lain "desperate" adakah aku deperate? Aku rasa ya. Tapi dalam masa yang sama tidak. Segalanya bercampur. Jadi aku hanya tunggu sahaja apa yang akan terjadi. Andainya dia adalah jodohku aku terima sahaja dengan hati yang terbuka. Siapa yang taknak kalau 'crush' kita adalah teman hidup kita kan? Semua mahukan itu semua. Serupa juga dengan aku ini. Jodoh itu ditangan tuhan. Aku hanya hambaNya dan akan terima saja jodohku itu.InsyaAllah.

Dengan itu, adakah aku telah jatuh cinta dengan si dia? Atau aku saja-saja sahaja? Adakah hati aku ini saja-saja main-main kan ku? Banyak tanda tanya dalam hidupku ini. Kini, aku hanya tunggu tindakan si dia. Jika dia merasa perasaan yang sama. Aku la orang yang bahagia dalam hidup ini. Kerana aku telah jumpa teman hidupku. Semua ciri-ciri yang aku mahukan ada pada dia. Tapi tak segalanya. Bak kata orang, nobody is perfect. Tetapi adakah aku ini mempunyai ciri-ciri yang si dia mahukan? Masih menjadi tanda tanya.

Hm, jadi cukuplah sampai disini sahaja. Hidup aku penuh dengan tanda tanya. Aku mula buntu. Jadi aku akhirkan kata-kataku disini. Moga bertemu lagi. InsyaAllah. Selamat malam semua. Assalammualaikum :')


So we should wait and see :')
Dini ;)

Friday, July 19, 2013

Jatuh cinta? What?!

Assalammualaikum,


Hi semua, apa khabar semua? Sihat? Alhamdullilah saya pun sihat. Hehe ~ Amacam puasa? okay? Alhamdullilah. Teruskan berpuasa kay kawan-kawan :)

Okay lately ni aku tak tahu la kenapa aku ni tetiba je dah "TERbuka hari dengan orang sini. I mean like, first masuk sekolah. First time pindah sini aku tak suka orang sini. Takkan tersangkut or whatever. Just pindah sebab kehendak parents. Just nak amik exam SPM and the poof gone from here. Tapi entah lah sejak kebelakangan ni hati tiba-tiba sahaja terbuka. Apahal? Cuba cakap kenapa? Aku sendiri pun tahu. Aku taknak pun semua ni. I mean aku tak suka crush-crush apa jadah semua ni. Gerenti wei at the end aku yang sakit. Apa cita? Biarlah aku dok single macam ni je. At least nanti datang juga jodoh aku kan? InsyaAllah.

Aku sendiri pun tak tahu, first time aku nampak dia. Muka dia iras-iras muka kawan abang aku. Adolah nama dia sapa. Serius muka dorang sama. Pendek pun sama. Dengan gaya dia. Dengan varsity merah dia. I mean like hey sama dengan crush aku yang dulu. Tapi tengok apa jadi? Crush lama aku dah couple. Aku dapat tahu la. Tak tahu betul ke tidak. Itu terpulang dialah. Aku takda perasaan dengan dia dah. But yeah dia familiar gila. Takut eh kalau aku terlebih berharap. Tak macam siot pulak aku nanti. Buat status "always be the broken hearted girl" nanti. hahah status tu memang betul pun. Ahaks. Ada aku kesah :p

Tapi kalau diikutkan aku dengan dia aku tinggi sikit je. Tak tahu lah. Kawan aku yang cakap. Tapi kalau dah macam tu tak macam pelik pulak kan nanti? lelaki pendek. Perempuan tinggi. Apa jadah senget? Baik cari yang tinggi dari aku betul tak? I don't know why senget aku suka dia. Aku just usha-usha dari jauh je. Takda maknanya nak dekat-dekat dengan dia. Tapi ada la juga buat selidik cari fb dia. Tapi still tak jumpa lagi. Penat tau tak. Apa la nama dia? Ahhh! Sometimes aku rasa penat la benda ni semua. Karang aku dah tak amik kesah karang baru tahu. Aku ni cepat tawar hati. So yeah, terpulang la kay. Kot kot dia perasan kot kalau aku dah tak usha-usha dia. Hahaha *mu ni Dini perasan ehh. tah dia perasan ke tidok mu tengok dia. cehh -.-

Haa, ni nak carita sedikit. Hari rabu yang lepas. Aku dengan adik aku balik jalan kaki. Almaklumlah, ayah takdok so kene jalan kaki pi sekolah and balik sekolah, best. bolehlah. Jimat duit wei. Haha. Okay, sambung balik. Time tuh masa balik. Aku ikut jalan belakang. And then dalam masa yang sama dia dengan kawan-kawan dia baru je turun. Aku pusing la belakang. Ternampak la dia. Pastu aku pandang depan balik. And then usha belakang balik. Kantoi sudah aku tengok dia. hahaha Terkantoi. Gentle malu ehh. Muehehe :3
Yang harini pulak. Dalam 6 kali la terserempak dengan dia. Dia pun sampai sekolah dalam masa yang sama dengan aku. Tapi disebabkan ada roadblock dekat depan dengan dak-dak cina tu aku jalan belakang dia -.- Tapi takpoolah. Kita orang pergi sekolah sama-sama. ahhahaha ini terlebih over. Whatever. And oh ada time nak pi toilet ya Allah wei aku terserempak dgn dia lagi. Yang kali tu aku nk jalan kiri dia pun nak jalan kiri. Aku nak jalan kanan. Dia pun nak jalan kanan. Sebokk je. Benci ehhh -.-

Hahhaha, whatever aku tak kesah pun korang nak cakap apa. Aku tetap akan tawar hati nanti. Dan aku kemungkinan akan tetap dengan pendirian aku. Aku tetap akan takkan jatuh cinta dengan orang Sarawak. Serious. Wa cakap benda yang betul. Kecuali kalau jodoh aku dengan orang sini itu takpat nak halanglah. Allah dah jodohkan aku dengan orang sini terima jelah. Haha. Ada la juga keturunan Sarawak. Muehehe. Cis, kata tak suka Sarawak. Kaki nak Dini oii. hahaha :p

So yeah, aku tak pasti sama ada aku jatuh cinta or just syok sendiri. Or just suka-suka biasa sebab gaya dia. Aku tak tahu. Aku masih buntu. Masih tak jumpa jalan. Ceh, acah-acah sastera. Piyydaa. Ahaha, takpa kay "masuk bakul, angkat sendiri" sekali sekala. Tak kesah pun. Dah selalu buat dah. Hahaah

Apa sajalah. Apa korang rasa eh? rasanya aku syok sendiri lah. Okayy, takpa. Kumbang bukan seekor. So yeah, terserahlah. Mungkin ramai lagi yang lebih baik dengan dia kan? Cehh, dah tawar hati ke cik Dini oii. hm, rasanya yelah kot. hahaha piyydaa :p

Hahaha, nampaknya sampai sini jelah. Next time cerita lagi. Selamat tinggal semua. Selamat menyambut bulan Ramadhan. Selamat berpuasa. Kurangkan makan. Lebihkan ibadat. Dan doa-doakan la saya ni nak SPM. Saya sangat perlukan sebab SPM dah nak dekat. Trial lagi 2 bulan. Mau tak masak dekat situ kan? T.T hmm, Sedih ehh. Doa-doakan saya kay? Terima kasih. Moga Allah balas balik jasa korang, InsyaAllah :*

Bye, Assalammualaikum xx

Quotes About Being In Love Tumblr

Dini ;)


Tuesday, May 28, 2013

whyy

Assalammualaikum,


Hi, semua! Kini saya kembali lagi. hahaha

Memandangkan sekarang ni tengah cuti sekolah. Saya nak cerita sikit. Semua orang pergi bercuti. Saya buat apa? kepishangan di rumah lah. Apa nak buat? Xbox saya rosak wei. Dia ada dekat hospital T.T baru nak main. Alahai ~ sedih betul. Dah lah tak dapat balik Kuala Lumpur :'( Sedih sedih.

Jealousnya dengan siapa yang pergi cuti. Benci tau tengok korang semua. Bosannya wei duduk rumah. Kalau lah saya ni ada banyak duit kan best boleh turun Kuala Lumpur :') Kalau la kan?

Sekarang nak tunggu kene tunggu raya. Hm, tak sabar nak balik Kuala Lumpur. Balik kampung. Ya Allah tak sabarnyaaaaa ;') Cepatlah raya. Nak balik Kuala Lumpur.

Hm, apa lagi eh nak cerita. Haritu punya la banyak nak cerita tapi dah lupa. Nanti next time saya update lagi. Dah blur ni. kbye!

Dini ;)

Thursday, May 16, 2013

Seteresss...

Assalammualaikum,


Hi semua. Kini saya kembali lagi. Apa khabar? harap korang sihat-sihat sahaja :)

So, 1 may haritu. Saya balik Kuala Lumpur. And guess what. It's not what I expected. So bored. Lame. Tetapi okay lah. At least dapat shopping dekat Uniqlo an? :* Sayang Uniqlo sangat-sangat. Ahaks. And dapat jumpa nenek and spend time dengan cousin walaupun sekejap. Rindunyaaa dengan korang :'( Tunggu lagi kita temu kay? raya kelak. Muah muah :*

Tetapi saya sangat-sangat tak suka bila saya balik takda siapa pun yang kesah. I mean like memang la dorang rasa sangat terkejut tapi tak terkejut sangat plus tak rasa macam nak korban kan masa dengan saya. I was so freaking sad and mad about that. Penat tau balik Kuala Lumpur. Bayar mahal-mahal. Tu yang saya dapat. Kayyyy ~ So, I accepted to update my twitter. Siapa terasa lantak pi. Saya dah penat dengan semua tuh. Maaf.....

Pastu lepas ni bila saya balik Kuala Lumpur saya akan bagitahu siapa je yang caring pasal saya. Yang hanya caring tetang saya hanya family, cousin, and some of my friend that cares about me. Hm, whatever lah. Dah malas nak fikir bah. Gentle. Sorry kepada siapa yang terasa maaf kan. Ini semua luahan hatiku. Dan ini blog saya yang punyalah. Suka hati lah nak post apa. mehhhh ~

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oh yeah! Minggu ni saya sangat stress sebab saya tengah exam. Gentle wa cakap. Minggu ni terasa sangat letih. Stress. Takda masa nak relax. Tidur pun tak cukup. Jawab exam pun dengan pening kepala. Gentle wa cakap. Penat! Terasa macam SPM ni seksa sangat. Bencinyaaa Ya Allah! Bila nak habis SPM ni. Dan ini juga rasanya for the first time saya study cukup-cukup. hahha boo ~

Pastu seminggu ni saya macam abaikan phone sekejap, ceh abaikan :p Si Najwa dok risau. Lekk la brader. Mu kene faham kamek tengah study. Busy. Penat. Letih. Minggu ni. So toksah risau lagi kay? hahahha. Tapi terima kasih sebab caring :3

Tapi emang saya busy pun. No lie. Tak sabar nak habis SPM. Nak balik Kuala Lumpur. Nak pi jalan-jalan satu Kuala Lumpur. Nak karok puas-puas. Cehhh ~  Lepas tu baru lah pi study dekat universiti an? Meheheheh :3 Apa-apa pun wish me luck 6 November nanti. Saya akan ambil SPM. Hmm, takutnyaaa :S

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ni saya baru dapat tahu, Big Time Rush (BTR) dah ada album yang ke 3. 24/seven. Ya Allah wei best lagu dia. Nak kene cari lah. Gentle I so admired the album so freaking much. Sukanya saya dengan husband kita. Congrates kay hubby sayang :* Tak sabar nak beli album tu dengar awak nyanyi eh hubby :* heeeee ~ muah muah. hahahah

Mehheheh ~ jangan la macam tu. Saya memang macam ni. Alaaa,, macam la korang tak macam tu. Kalau tak tipu ah tuh. Ecehhh ~ puihhh tak kesah pun korang nak cakap pe. Mehhh ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hm, apa lagi nak nak cerita eh? Dah blur lah. Rasanya tu jelah nak cerita. Sorrylah kalau macam merepek ke. Macam pelik ke. Tu je yang ada dalam otak kawe ni. hahahah

Later update lagi. okay? Byeee. Assalammualaikum :*

Deeeeeeeepppppp inside my heart
Dini ;)