Friday, April 12, 2013

....What?

Assalammualaikum,

Hi kawan-kawan! :D heee ~ kita bertemu lagi. haha

So, babah baru je balik. And babah bawa balik Roti Gardenia. Ya Allah wei punyalah rasa sebak sikit sebab dah lama tak makan roti gardenia. Lagi-lagi roti chocolate dia. Agak ah wei dah masuk 3 bulan lebih tak dapat makan roti gardenia. Sedih-sedih. Kenapa la dekat Sarawak ni takda gardenia? -.-

Okay korang nak tahu tak harini satu hari saya mengamuk? Nak tahu sebab apa? Hm, tak tahulah saya rasa benda tuh kecik je. Tapi benda tu juga benda yang paling saya benci. Iya itu sorokkan barang saya. I mean like hey! I know that i'm from semenanjung but why kene layan macam tuh sekali? And tahulah perkara tuh hanya benda main-main. Dalam main-main tu juga terasa dihati ini faham? Haihh! Tu baru sikit tau. Belum tengok saya marah macam mana -.-

And yes, again. Aku tahu aku hanya menumpang di tempat orang. Tapi jangan la macam tuh sekali. Saya malas la nak gaduh-gaduh ni. Bila nak mengamuk je mesti ingat pesan nenek. Ya Allah teringat pula dengan nenek. Rindunyaaa dengan nenek. Rindu dengan atuk. Apa khabar dorang eh? Rindunyaaa dengan dorang. Haihh~ tak sabar la pula nak balik KL. Tapi lama lagi T.T raya bhai. Takpalah kene sabar. Sabar. haha :)

Anyway malas sebenarnya nak cerita pasal benda yang tak suka harini. Cuma benda macam tuh jangan di bawa main sangat. Saya ni dah lam rindukan KL. Dorang buat saya macam ni. Apahal? fikir ganster sangat. Hokkkalohh! Hm, dah lah malas la nak cari pasal. Tukar topik.

Hm, ohh haritu on twitter. Pastu terjumpalah satu gambar ni. Tertulis :-

Embedded image permalink

Yeahh, saya rasa semua ni saya tahu? Ada memang banyak cakap. I mean cakap laju. Semua benda di atas semua ada je sama dengan saya. Memang malam kadang-kadang menangis la juga. Teringatkan someone. Sihat ke someone tu kan? Pastu macam-macam la saya fikir. Susah hati ni menangung kerinduan. Siapa je yang tahu kan?

Apa-apa pun. After SPM kene juga turun KL. Time tuhlah masanya nak luangkan masa dengan orang yang tersayang di KL. Haaaaa ~ tak sabarnya nak tunggu saat tuh :') 

Nak minta tolong sikit tak? Boleh tolong doakan saya tak untuk lulus SPM? Boleh tak? Boleh? Haaa terima kasih eh korang. Jasamu amat dikenang :') haha sayang korang! :*

Hm, rasa-rasanya ada ke orang yang saya kenal baca blog ni? atau terjumpa ke? mesti dorang gelak kan sebab yelah saya update benda yang pelik. Pastu dengan tunggang-langgangnya. Hahaha k...

Okaylah. Update later. Assalammualaikum semua! xx

Dini ;)

Saturday, April 06, 2013

Life

Assalammualaikum

 

Hai semua! You olls nak tahu tak? I happy sangat tau. I happy ada sebab okay. Mana boleh bagitau. Nanti bocor rahsia I tau. hahahah :p gediks pulaks. ahaks. Nanti kalau ada masa I bagitahu eh :)

You olls tahu tak, dari ahad minggu lepas babah turun KL. I dah macam whyy? whyy? Why? I tak dapat turun KL sekali :( Sedih ya amat wei. Tapi takpalah raya nanti balik la eh. Thats okaylah. Sabar. Sabar itu separuh dari imam. Kan? :3 heee.

Harini dah 6 hari babah dekat KL. I mintak dia bawak balik roti cekelet kegemaran I tuh. Rindu ohhh dengan roti tuh. Kawan baik I tuh :/ I suruh dia bawa jelly beans sekali tapi takpalah. Time abang I datang baru lah suruh dia bawa. Ya Allah wei, jelly beans tuh pun kawan baik I juga. Rindu kawan baik I yang dua tuh. Takpa-takpa. Nanti kita bertemu eh? hahaha apa la nanti orang cakap. Gila kot I ni. haahhaha

Hahaha, apa sajalah. You know what? I ni kan tak sabar sangat nak balik KL. Walaupun raya lambat lagi. Puasa pun belum lagi. Tapi nak buat macam mana. Excited dia dah terasa. Ya Allah tak sabarnyaaaa :D

Babah pula hari Khamis minggu depan baru balik. Rindu gila dekat dia. Dia takda susah betul. Pishang sentiasa. Takda siapa nak ajar kita Math. Sejarah. Seni. Semua subjek yang I lemah semua takda orang nak ajar. Selalunya bila balik sekolah babah lah yang selalu tolong solve kan kerja sekolah I. haahah Daddy's girl kan? :3 Harini ni pun pishang dirumah takda pape nak buat. Walaupun I ni kene study sebab SPM dah nak dekat. Tapi tahlah. Pishanglah. Rasa malas nak buat semua kerja. Study. Apa semua. Internet pun lembs -.- Sabar jelah. 

Banyak benda nak kene buat sebenarnya. Tapi malas lah nak buat. Ni pun tengah layan WeChat. You know WeChat ni best gila. Macam Wokey tokey. Eh? hahaha lantaklah. Asal korang boleh baca okay la kot? hahaha. Haa, korang download lah. Jimat kredit. Pakai internet je. Smiley dia pun comel-comel je. hahahha

Sekolah minggu ni agak seronok lah. So far okaylah. Cuma ada time mesti macam siot je kan. Lagi-lagi classmate yang I kurang suka tuh. Ya Allah, I ingat I ni di tempat orang je. Kalau tak I dah sound dah dia. Tapi tak, I nak SPM taknak cari gaduh kan? I selalunya doa je dekat Allah. Tak bagitahu pun sesiapa. Walaupun ahli keluarga sendiri. Malas nak fikirkan sangat. Yang I tahu. SPM nanti I dengan bestfriend I and naik sama-sama. Berjaya sama-sama. Tu lah matlamat kiteorang. InsyaAllah boleh dapat. Doakan kami okay? Amin ~

Oh, 13th april ni Lawson nak mai KL right? Haa, ni yang I tak suka ni. Bila I dekat Kuching ada je concert artis kegemaran I turun KL. Haritu Demi Lovato. Now Lawson pula. Rasa macam tidak adil lah. Nak turun KL tiket mahal. So terpaksalah menahan kesedihan ini disini :( apa lahh nasib. haha. Tapi kalau ada rezeki abang I nak pergi concert dorang. I mintak dia belikan survenior. Kalau lah dapat. Terubat lah kesedihan ku ini. Ecehh ~ hahah

Hm, apa lagi eh? I pun tak tahu nak update apa lagi. Nak cakap pasal boypren, boypren tarak. Sedih. hahaha tak sabarnyaaaa nak balik KL. Ada something I nak buat bila dah dapat balik KL nanti. Ya Allah tak sabarnyaaa :') 

haha, okaylahh sampai disini sahaja. Kalau ada masa I update lagi. Tata ~ Assalammualaikum :)

*saja-saja je nak pakai I, I tuh. Jadi gedik sekali sekala :p

Yes! Thats right!
Dini ;)