Friday, April 12, 2013

....What?

Assalammualaikum,

Hi kawan-kawan! :D heee ~ kita bertemu lagi. haha

So, babah baru je balik. And babah bawa balik Roti Gardenia. Ya Allah wei punyalah rasa sebak sikit sebab dah lama tak makan roti gardenia. Lagi-lagi roti chocolate dia. Agak ah wei dah masuk 3 bulan lebih tak dapat makan roti gardenia. Sedih-sedih. Kenapa la dekat Sarawak ni takda gardenia? -.-

Okay korang nak tahu tak harini satu hari saya mengamuk? Nak tahu sebab apa? Hm, tak tahulah saya rasa benda tuh kecik je. Tapi benda tu juga benda yang paling saya benci. Iya itu sorokkan barang saya. I mean like hey! I know that i'm from semenanjung but why kene layan macam tuh sekali? And tahulah perkara tuh hanya benda main-main. Dalam main-main tu juga terasa dihati ini faham? Haihh! Tu baru sikit tau. Belum tengok saya marah macam mana -.-

And yes, again. Aku tahu aku hanya menumpang di tempat orang. Tapi jangan la macam tuh sekali. Saya malas la nak gaduh-gaduh ni. Bila nak mengamuk je mesti ingat pesan nenek. Ya Allah teringat pula dengan nenek. Rindunyaaa dengan nenek. Rindu dengan atuk. Apa khabar dorang eh? Rindunyaaa dengan dorang. Haihh~ tak sabar la pula nak balik KL. Tapi lama lagi T.T raya bhai. Takpalah kene sabar. Sabar. haha :)

Anyway malas sebenarnya nak cerita pasal benda yang tak suka harini. Cuma benda macam tuh jangan di bawa main sangat. Saya ni dah lam rindukan KL. Dorang buat saya macam ni. Apahal? fikir ganster sangat. Hokkkalohh! Hm, dah lah malas la nak cari pasal. Tukar topik.

Hm, ohh haritu on twitter. Pastu terjumpalah satu gambar ni. Tertulis :-

Embedded image permalink

Yeahh, saya rasa semua ni saya tahu? Ada memang banyak cakap. I mean cakap laju. Semua benda di atas semua ada je sama dengan saya. Memang malam kadang-kadang menangis la juga. Teringatkan someone. Sihat ke someone tu kan? Pastu macam-macam la saya fikir. Susah hati ni menangung kerinduan. Siapa je yang tahu kan?

Apa-apa pun. After SPM kene juga turun KL. Time tuhlah masanya nak luangkan masa dengan orang yang tersayang di KL. Haaaaa ~ tak sabarnya nak tunggu saat tuh :') 

Nak minta tolong sikit tak? Boleh tolong doakan saya tak untuk lulus SPM? Boleh tak? Boleh? Haaa terima kasih eh korang. Jasamu amat dikenang :') haha sayang korang! :*

Hm, rasa-rasanya ada ke orang yang saya kenal baca blog ni? atau terjumpa ke? mesti dorang gelak kan sebab yelah saya update benda yang pelik. Pastu dengan tunggang-langgangnya. Hahaha k...

Okaylah. Update later. Assalammualaikum semua! xx

Dini ;)

Saturday, April 06, 2013

Life

Assalammualaikum

 

Hai semua! You olls nak tahu tak? I happy sangat tau. I happy ada sebab okay. Mana boleh bagitau. Nanti bocor rahsia I tau. hahahah :p gediks pulaks. ahaks. Nanti kalau ada masa I bagitahu eh :)

You olls tahu tak, dari ahad minggu lepas babah turun KL. I dah macam whyy? whyy? Why? I tak dapat turun KL sekali :( Sedih ya amat wei. Tapi takpalah raya nanti balik la eh. Thats okaylah. Sabar. Sabar itu separuh dari imam. Kan? :3 heee.

Harini dah 6 hari babah dekat KL. I mintak dia bawak balik roti cekelet kegemaran I tuh. Rindu ohhh dengan roti tuh. Kawan baik I tuh :/ I suruh dia bawa jelly beans sekali tapi takpalah. Time abang I datang baru lah suruh dia bawa. Ya Allah wei, jelly beans tuh pun kawan baik I juga. Rindu kawan baik I yang dua tuh. Takpa-takpa. Nanti kita bertemu eh? hahaha apa la nanti orang cakap. Gila kot I ni. haahhaha

Hahaha, apa sajalah. You know what? I ni kan tak sabar sangat nak balik KL. Walaupun raya lambat lagi. Puasa pun belum lagi. Tapi nak buat macam mana. Excited dia dah terasa. Ya Allah tak sabarnyaaaa :D

Babah pula hari Khamis minggu depan baru balik. Rindu gila dekat dia. Dia takda susah betul. Pishang sentiasa. Takda siapa nak ajar kita Math. Sejarah. Seni. Semua subjek yang I lemah semua takda orang nak ajar. Selalunya bila balik sekolah babah lah yang selalu tolong solve kan kerja sekolah I. haahah Daddy's girl kan? :3 Harini ni pun pishang dirumah takda pape nak buat. Walaupun I ni kene study sebab SPM dah nak dekat. Tapi tahlah. Pishanglah. Rasa malas nak buat semua kerja. Study. Apa semua. Internet pun lembs -.- Sabar jelah. 

Banyak benda nak kene buat sebenarnya. Tapi malas lah nak buat. Ni pun tengah layan WeChat. You know WeChat ni best gila. Macam Wokey tokey. Eh? hahaha lantaklah. Asal korang boleh baca okay la kot? hahaha. Haa, korang download lah. Jimat kredit. Pakai internet je. Smiley dia pun comel-comel je. hahahha

Sekolah minggu ni agak seronok lah. So far okaylah. Cuma ada time mesti macam siot je kan. Lagi-lagi classmate yang I kurang suka tuh. Ya Allah, I ingat I ni di tempat orang je. Kalau tak I dah sound dah dia. Tapi tak, I nak SPM taknak cari gaduh kan? I selalunya doa je dekat Allah. Tak bagitahu pun sesiapa. Walaupun ahli keluarga sendiri. Malas nak fikirkan sangat. Yang I tahu. SPM nanti I dengan bestfriend I and naik sama-sama. Berjaya sama-sama. Tu lah matlamat kiteorang. InsyaAllah boleh dapat. Doakan kami okay? Amin ~

Oh, 13th april ni Lawson nak mai KL right? Haa, ni yang I tak suka ni. Bila I dekat Kuching ada je concert artis kegemaran I turun KL. Haritu Demi Lovato. Now Lawson pula. Rasa macam tidak adil lah. Nak turun KL tiket mahal. So terpaksalah menahan kesedihan ini disini :( apa lahh nasib. haha. Tapi kalau ada rezeki abang I nak pergi concert dorang. I mintak dia belikan survenior. Kalau lah dapat. Terubat lah kesedihan ku ini. Ecehh ~ hahah

Hm, apa lagi eh? I pun tak tahu nak update apa lagi. Nak cakap pasal boypren, boypren tarak. Sedih. hahaha tak sabarnyaaaa nak balik KL. Ada something I nak buat bila dah dapat balik KL nanti. Ya Allah tak sabarnyaaa :') 

haha, okaylahh sampai disini sahaja. Kalau ada masa I update lagi. Tata ~ Assalammualaikum :)

*saja-saja je nak pakai I, I tuh. Jadi gedik sekali sekala :p

Yes! Thats right!
Dini ;)

Sunday, March 24, 2013

Frustrated

Assalammualaikum,


So, topik harini ialah frust,stress. Aku lately ni agak stress. Stress dengan result exam. Stress dengan hidup. Semualah. Tersangatlah stress. Hish!

Susah betul dapat hidup macam ni. Dengan sakit hatinya. Aku tak suka. Bukan apa lah. Aku dah cuba sedaya upaya untuk biasakan diri aku dekat sini tapi still tak boleh. Ada sikit-sikit lah. Tapi yang lain tetap tak boleh. Ya Allah kenapa lah dengan aku ni? Hishh!

Sejak kebelakangan aku rasa macam people annoyed me. You know? Annoying gila. Tahulah aku ni budak KL tapi kenapa nak layan macam haram dengan aku? Apa salah aku la dengan korang sampai nak layan aku macam tuh? Aku tak buat salah pun. Kalau ada pun aku mintka maaflah. Kay! Walaupun korang buat lawak tu main-main tapi hati aku ni terasa. Jangan pandang rendah sangat dengan aku ni. Aku pun manusia juga. Tak perlula kot layan aku macam tuh kan? hmm ~ 

Kadang-kadang aku okay. Kadang-kadang aku tak okay. Bila time tak okaylah aku rasa nak je balik KL. Memang aku tak tahan pun duduk sini walaupun aku dah push diri aku untuk biasakan diri dekat sini. Memang aku dah plan nak blah dari sini pun after SPM. Kalau bukan sebab SPM aku dah lama buat hala tuju sendiri wei. Cuma SPM je aku kene sabar sikit. Haihh, sabar jelah.

Aku tak patutnya update ni tapi aku tak boleh tahan dah. Haih! People just annoying me. I hate people. Why? Why aku kene face this sendiri? Why? Aku dah penat. Penat dengan semua. Penat dengan orang. Dengan SPM. Dengan sekolah. Dengan segalanya. Aku nak relax tapi tak boleh. Ada je benda yang buat aku badmood. Astagfirullah :( Kenapa la dengan aku ni? hmm. 

Ni lagi satu, babah ada cakap kalau babah tak dapat pergi oversea kelak kalau boleh babah nak stay sini lagi taknak balik KL. Alahai ~ ni lagi buat aku frust dengan plan parents aku ni. After SPM aku nak belajar dekat tempat lain taknak Sarawak or Sabah. Cukuplah buat hidup aku macam ni. Janganlah buat aku macam ni lagi. Kali ni je aku buat. Takda dah lepas ni. Biar aku buat keputusan sendiri. Tak kesahlah N9 ke, Kedah ke, Johor ke, janji bukan Sarawak or Sabah. Aku bukan tak suka cuma kurang minat. Tak tahu kenapa. Maaflah kay, aku tak sengaja nak buat org macam ni cuma aku tak tahu dengan diri aku ni.  Tengah frust. Semua aku nak cakap. Astagfirullah :( memang aku mintak maaf. Serious. Maaf. Ni apa yang aku rasa. Bukan sengaja. Maaf :( Hmm ~

Dah tu je aku nak update. Baru aku rasa lega sedikit. Sikit je. Tak banyak pun. Sedih betul aku sekarang ni :( hm, okaylah. Update later. Bye semua. Assalammualaikum. 

Dini ;)

haa, i hope so.

Friday, March 01, 2013

Memories

Assalammualaikum,


Hi semua, this is a quick post je kay? Takda masa nak update panjang-panjang. Maaf?

Okay aku just nak cakap yang aku rindu kawan-kawan aku dekat semenanjung. Aku rindu sedara mara. Semua benda yang aku buat bersama dorang semua aku rindu. Bila lah dapat jumpa lagi ehh? InsyaAllah kalau ada rezeki aku akan jumpa :')

Korang jaga diri baik-baik tau. Aku dekat sini baik-baik je. Harap korang pun okay. Jangan lupa study untuk SPM. Focus. And Goodluck SPM nanti. Korang pun doakan la aku kay? Terima kasih :')

Okayyy lahh, sampai disini saja. Update later okay. SAYANG KORANG GILA-GILA! :( *hugs*

And harap korang suka video di bawah ni. Aku buat khas untuk korang. Korang kene tahu yang aku rindu and sayang korang sangat-sangat. Okay? heee :')

Byebye! Assalammualaikum! xx

*** Terima kasih untuk segala kenangan yang kita pernah buat. Aku sayang korang gila-gila.***
Jaga diri baik-baik. And goodluck for you SPM :')

Enjoy!


Dini ;)

Wednesday, February 13, 2013

Life.

Assalammualaikum,

Hi Semua! :) Apa khabar? heee dah lama tak update kan? uhuk uhuk.

Okay tak lama nanti aku akan hadapi peperiksaan besar (SPM) you know. Tahun ni aku stress. Sekarang ni pula tengah cuti Raya Cina. And after Raya Cina dah mula lah nak kene struggle semua topik. Dengan kerja kursus seni. Alahai, nanti mula lah stress aku.

Stress ni kan buat aku makin lama makin tembam. Semua perasan yang aku ni dah tembam sekarang. Mana taknya? Aku ni nak Spm. Bila stress aku makan. Bila marah sometimes aku makan. Bila boring aku makan. Apa saja aku buat mesti makan. Makanan lah kawan baik aku sekarang. "Dia" sangat setia dengan aku :3 haha. Pun boleh. Eceh!

Belum lagi Spm aku dah plan macam-macam. Sedangkan lambat lagi nak habis sekolah kan? haha salah satunya after Spm aku nak terbang semenanjung stay situ sampai result keluar. Keduanya jalan-jalan dengan kawan lama pergi Pahang. Percaya atau tak? Tu kita lihat jelah kay? haha. Banyak lagi. Tak sabar gila nak habis sekolah. Gentle wei, dahlah kene pindah satu stress. Ni after Spm nak relax je. Taknak stress stress. Heee tak sabarnyaaaa :'D

Perasaan ni tak boleh nak buang wei. Tak sabar. Bila dah fikirkan pasal benda tuh Spm pun aku lupakan. Tak patut. hahaha.

So, so far duduk sini (Sarawak) okaylah dari yang sebelum ni. Tapi still tak boleh terima lah suasana sini. Maaf. Memang tak boleh nak move on sepenuhnya. Kene sabar juga walau apa pun yang jadi. Aku buat ni pun demi parents and masa depan aku juga. Nak taknak kene juga terima. Kuat. Dini Kuat :D haha gila.

Alahai dah mula balik emo dia. haha okayokay. No emo emo. Nak happy happy malam ni :') haha. apa-apa pun aku kene juga sabar. Aku perlukan support dari orang yang aku sayang. SPM nanti InsyaAllah aku boleh score. Korang doa-doakan aku okay? Terima kasih. Saya appreciate sangat-sangat :* heeee ~

Haha, apa sajalah. Ni aku dah mula bosan. Nak makan something tapi dah lewat malam. Haaa, aku stop disini okay? Byeeee.

Baiklah, update later. Goodbyeee :* *hugs* take care.


Situasi yang saya sedang hadapi sekarang.....
Dini ;)

Friday, January 11, 2013

Hurts..

Assalammualaikum,

Hi semua, apa khabar? ehehe. Okay harini aku saja nak buat quick post. You know sejak pindah ni macam-macam jadi pada aku. Aku rasa tak happy like always. Ada je benda yang nak merosakkan mood. Benci tahu?

Hm, tahulah aku dah masuk sekolah baru kan? Yea, aku tahu. Aku patut bersabar. Tapi siapa je tahu macam mana perasaan aku dekat sini? Ada orang tanya khabar? Ada tuh memang ada tapi tak semua yang aku harapkan. Yang mana tanya tuh terima kasih kerana amik berat pasal aku disini. Yang takda tuh hmm, mana korang pergi? Korang tahu aku sensara dekat sini? :/

Memandangkan tahun 2013 ni tahun terakhir aku bersekolah, aku ingatkan nak habiskan je sekolah dekat SMKLK tapiiiii ada saja penghalang. Contoh macam nanti siapa pula yang nak jaga aku dekat sana? alahai, apa gunanya kawan? Apa gunanya sedara mara? Kalau takda sedara mara pun at least ada kawan. Aku dah plan baik-baik dah sebelum masuk sekolah. Kira dah berazam. Berazam nak focus dalam SPM. Taknak main-main semua tuh. Baik punya plan kan. Sekali masuk sekolah. Alahai, rasa awkward. Orang cakap tak faham. Aku rasa forever alone dekat sini :(

Setiap kali belajar mesti aku akan terfikir pasal kawan-kawan aku dekat KL. Sedara mara aku, Cikgu-cikguku dekat KL. Apa lah khabar dorang dekat KL? Happy ke? Sihat ke? Aku memang selalu bila dalam kelas akan automatik temenung je sorang-sorang. Tak focus langsung. Asyik ingatkan dorang je. Haihhh, apalah nasib. Sedih tak life aku ni? Sedih sangat.

Balik sekolah jee haaa mula lah nak comment itu ini. Yelahh mana tak sedih doh, sekolah dah lame. Graduation takda. Apa je yang ada dekat sekolah tuh? Dahlah last year aku sekolah tahun ni. Terus hancur macam tu je. Sedih. Aku plan ingatkan nak duduk KL habiskan hari persekolahan dekat SMKLK. Tapi tak kesampaian. Lagipun dari tahun lepas lagi aku dah plan nak grad dengan dorang. Mesti seronok pakai jubah, dapat sijil. Semua tu kan? Siapa je taknak?

Hampir setiap hari aku menitiskan air mata. Kadang-kadang dah kering dah air mata ni. Nampak tak betapa sensaranya aku dekat sini? Selalunya bila aku keseorangan baru lah aku menangis. So takdalah orang tahu yang aku ni menangis kan. Adalah juga aku try mintak mama and babah nak balik KL. Boleh duduk dengan atuk semua tuh. Jawapan dorang still NO! And aku dah menitis air mata dah depan dorang. Who knows dorang kasi kan? Tapii tak berhasil. Alahaii ~

Sejak kebelakangan ni aku rasa malas je nak buat semua benda. Aku rasa lifeless je dekat sini. Asyik benda yang sama je aku tengok. Boring. Aku ni dahlah jenis cepat muak. Tapi kalau Logan tuh tidakkk lahh. Dia kekasih hati aku tau :* hahaha kalau lah dah jodoh aku dengan Logan. Terus kahwin je toksah amik SPM. Logan dah kaya kan? ahaha dah mula la tuh melalut. ok stop.

Oh lupa, hampir setiap malam aku akan bermimpi pasal kawan-kawan aku dekat KL. Aku mimpi aku dapat belajar balik dekat SMKLK. Aku mimpi dorang terkejut aku sekolah balik dekat SMKLK. Dorang peluk aku kuat-kuat membuatkan aku sebak. Aku dah banyak kali mimpi pasal benda tuh. Lagi tak boleh belah Najwa pun sama ada mimpi hampir-hampir sama dengan mimpi aku. hm, kalau lah mimpi tuh betul. Ya Allah, hanya Allah SWT je yang tahu betapa gembiranya aku time tuh. Hm, who knows kalau Allah bagi peluang untuk bersama dengan kawan aku balik ke kan? Who knows? Kita hanya merancang. Allah yang tentu kan.

Lagipun aku dah berubah. Sembahyang pun penuh 5 rakaat. Alhamdullilah. Tengok berita. Tengok cerita lame semua tuhlah. Ada masa aku buat Solat Istikharah. Aku minta lah semua tuh. Mana tahu Allah bagi aku peluang? Kalau dia bagi peluang ni pun aku dah bersyukur dah. Aku serious. Aku kalau boleh nak je buat semua ni sendiri. Tapi tak kesampaian sebab kan umur. Kalau lah ada siapa-siapa dekat sini. Nak je minta tolong dia uruskan ke kan? Tapi entahlah. Nampaknya tak dapatlah. Sedih sangat dekat sini. Siapa je tahu?

hmm, hah! lagi satu sekolah sini sangatlahh mengelabah. tahu mengelabah? haa, datang lambat walaupun 1 minit kene demerit. Sikit-sikit demerit. Benci tahu? Fikir bagus sangat ah? alahaiii. So mengelabah. Itulah salah satunyaa sebab aku tak suka sekolah sini. Kalaulah ada peluang boleh balik SMKLK. Aku sanggup amik peluang tuh. Serious!

Hm, aku rasa dah banyak dah aku celoteh dekat sini. Apa-apa pun macam ni lah aku sekarang. Sedih. Sensara. Segalanya. Sakit tahu? Parents aku pun tak kesah. Nak buat apa lagi? Aku hanya mampu berdoa jelah. Hope termakbul ke kan? Bolehlah aku happy macam dulu kan? :) ahha

Okay, will post something soon. Goodbyeeee ~ Assalammualaikum :)

Dini ;)