Monday, December 31, 2012

2012 ♥

Assalammualaikum,


Hi semua! Dah lama tak update blog. Yelah kan, asyik busy je memanjang. Buat itu, buat ini. Padahal saja je nak busy kan diri. Ahaks :p

Haha, memandangkan harini hari last di tahun 2012. Aku nak buat quick update lah. Ala, faham-faham jelah eh? :)

Tahun 2012 telah banyak memory yang aku telah lalui. Dari buruk hingga ke yang elok. Eh? betul ke apa aku cakap ni? apa-apa jelah! haha. So, pada tahun 2012 ni juga lah aku rasa tahun yang paling best dari tahun yang sebelum ni. Serious! Tapi bila nak masuk 2013 ni aku rasa takda mood dah. First sebab SPM. Second sebab ahh well, you know. Kene pindah -.-

Awal tahun, okay. Pertengahan tahun, okay. Hujung tahun, tak okay. At the end of the year is not what I expected. Yelah, dah la kene pindah. Lepas tuh SPM dekat sekolah baru. Graduate dekat sekolah baru. Kawan takda. Sini apa je ada? Aku rasa lifeless dekat sini. Aku rindukan KL. Kawan-kawan. Segalanya. Semua kenangan yang aku buat semuanya hanya tinggal kenangan. Sedih tahu? :( Sekolah baru sini pulak rasa kureng selesa lah. Rasa macam nak je balik SMKLK! Baru haritu ingat nak graduate dengan kawanku. Tapi aku hanya merancang. Allah yang tentukan. Nak buat macam mana kan? Redha jelah. Mesti bestkan korang Graduate sama-sama :') Hm, kalau ada rezeki aku akan turun KL! InsyaAllah :)

Hm, sebenarnyakan aku rasa nak menangis ni sebab dah nak New Year. Aku sepatutnya celebrate new year dekat KL tapi tak dapat. So kene celebrate dekat Sarawak :( Rasa takda mood sangat nak celebrate. Lantak lah semua tuh. Yang aku tahu. Setahun je aku dekat sekolah sini. Lepas tuh aku nak balik KL balik. Nak hang dengan bestfriend aku. Serious aku rindu dorang. Tanpa dorang disisi aku, aku rasa lain :( Sekarang ni dorang semua pun entah kemana. Rasa forever alone dekat sini. hmm ~ hanya Allah je yang tahu apa aku rasa sekarang. Kalau korang baca ni aku nak korang tahu yang aku rindu korang sangat-sangat. Good luck for your SPM tau. Study elok-elok. Kalau ada rezeki kita jumpa ye :') Sayang korang! :'*

Ni Lusa dah nak sekolah. Kene struggle untuk SPM. Kene survive sekolah baru. Kene aim for A's untuk SPM. Segalanya akan aku buat demi masa depan aku. InsyaAllah! Dan tahun depan mesti lah stress. Kalau dah stress ni apa nak buat? Makan lah. Mana badan tak naik -.- Ahh, takpa setahun je. Lepas tuh relax and focus pada Universiti pulak. Wah wah wah, dah tahu dah apa nak buat tahun depan. InsyaAllah, azam aku tahun depan aku akan buat betul-betul. Bukan berazam dalam hati je macam tahun sebelum ni. Aku akan buat sedaya upaya. InsyaAllah kalau diizikan Allah, aku akan dapat apa yang aku nak. Apa yang parents aku nak. Aku yakin aku akan buat dengan baik! Wish Me Luck! ♥

Apa-apa pun 2012 telah jadi tahun yang sangat bermakna. Aku rasa bersyukur dengan segalanya Allah telah beri kepada aku. Hm, Selamat tinggal 2012. Terima kasih untuk segalanya. Kenangan pahit, manis, masam, segalanya :')

Okayokay, walau apa-apa pun terjadi aku tahu semuanya akan okay. Korang doakan aku tau! Untuk SPM aku. Doa kan kesihatan ku disini. Semua lah eh? InsyaAllah, Allah akan balas balik jasa baik korang semua :* sayang korang semua!

ANYWAY, HAPPY NEW YEAR EVERYONE! MAKE NEXT YEAR THE BEST YEAR THAN THE YEAR BEFORE. AIM FOR YOUR GOLD. AND MAKE IT HAPPEN! GOOD LUCK! :D 


P/s: GOOD LUCK KEPADA SEMUA SPM CANDIDATES. BUAT YANG TERBAIK. AZAM DALAM HATI. INSYAALLAH APA YANG KORANG NAK TU AKAN TERCAPAI. INSYALLAH! :D
Dini ;)

Tuesday, December 11, 2012

Holiday at SARAWAK! :)



Assalammualaikum,

heyyo, hows your holiday guys? Fun? No? Oh you mean Yes. Good. Good. Hahahaha merepek sorang-sorang. Hm okay.

So, dalam last post aku. Korang ada baca kan? Aku pernah cakap aku nak pindah mana? Haaa, ni nak bagitahu ni. Okay, tempat yang aku akan duduk selama 3 tahun kalau tak salah ialah.....


Peta apa ni? Haaaa, betul. Ni peta Sarawak. Aku akan duduk situ selama 3 tahun. Aku duduk di Kuching. Yes, Sarawak is a beautiful place that i've been. Serious :')

Dua minggu lepas aku terbang ke Sarawak. Yes, pada mulanya aku sangat tak suka Sarawak. Aku asyik fikir negatif je. Tapi lama-lama you can get use to it. Betul. Aku duduk di rumah baru ku di sana. Kawasan rumah dia lawa. Kawasan Kuching cantik je. Bersih. Thumbs up for Kuching, Sarawak! :D

Selama dua minggu aku duduk aku rasa macam tenang je duduk sana. Kawasan yang tenang. Jalan dekat sana semua nya dekat-dekat. Macam dari Airport ke rumah kitaorang ambil masa dalam 30 minit je. Tapi bagi aku 30 minit tuhlah lama. Kalau dekat KL 30 minit tuh sekejap kan? Tapi Kuching lain. Seriously. Cuaca sana pun lawa. Kalau hujan paling aku suka. Sejukkkkk je duduk dalam rumah :)

Kereta pula, hmmm.. biasa-biasa je. Kecik-kecik je. Sana kebanyakkan kereta Kelisa. Kancil. Myvi. Kebanyakkan kereta tulah. Yang besar-besar macam Exora, ke apa ke. Jarang. Yang ada pun office punya. Tu pun Honda. Hahaha betapa comelnya Kuching xD

Dalam dua minggu aku tak tengok tv sebab astro takda. Tv pakai pun untuk main game. Perabot pun belum sampai. Macam mana nak susun barang yang belum unpack? Buku-buku. Novel-novel tuh belum lagi susun. So rumah pun belum lagi tersusun selebihnya. Tunggu perabot datang la baru buat. Aku dapat katil baru :3 heeeee, suka suka! ;D hahaha itupun nak suka. ahhaha

Minggu pertama aku duduk aku rasa Ya Allah bosannya.. Nak balik KL. Blah blah blah. Tapi bila dah minggu kedua tuh baru aku rasa betapa bertuahnya aku dapat duduk di Kuching. Syukur. Aku start suka masa babah bawa kitaorang pergi Crocodile farm and Caltural Village. Seronok round-round Kuching :) Yang mana tak pergi lagi tuh bawa-bawa kan la diri tuh ke sini ye. Kalau ada rezeki lah :)

07/12/12 - Crocodile farm.


Crocodile farm, hm seronok gila walaupun seram sebab buaya dorang besar-besar ._. Ada time tuh dorang ada buat show bagi buaya makan. Ya Allah wei dorang macam gantungkan daging tuh dekat satu tali lepas tuh kasi buaya tuh makan. Pergh, buaya tuh lompat-lompat nak makan. Berebut. Gaduh. Macam-macam lah. Bunyi dia yang menyeramkan. Kalau la makan daging pun dah macam tuh kalau makan orang apa la kan. Eee, takut ._. 

Haritu dah la hujan. Tapi takda la lebat. After kitaorang blah dari tempat tuh baru hujan lebat. Sebelum kitaorang blah lalu la satu tempat ni. Dia tunjuk macam mana dulu ada budak kene makan dengan buaya. Tengok dorang potong perut buaya tuh nak keluarkan mayat budak tuh dalam perut buaya. Ya Allah wei, mengelikan + menakutkan. Again, menakutkan ._. hahahaha tapi at the end seronok :)


08/12/12 - Cultural Village


Cultural Village? Tempat yang paling seronok yang aku pernah pergi. I mean PALING BEST! Habiskan masa disitu hampir setengah hari la juga. Bayar mahal-mahal but it worth it. Honestly :) 

Perasaan nak masuk tuh. Wuwuwuw, excited gila. Masuk je dorang bagi satu passport ni. 


Passport dorang ni macam kalau korang dah lawat rumah Melanau lah, Rumah Melayu, Cina dan lain-lain. Korang kene cop. So kira korang kene dan mesti la lawat semua rumah disana. Aku gerak dalam pukul 9am. Perjalanan nak pergi sana amik masa dalam 30 minit je. Tapi rasa jauh sebab jalan dia macam kawasan kampung. Jalan dia kene straight je.

Tapi part yang paling aku suka time dorang buat show. Show dorang best sangat! Thumbs up! Pastu ada pula orang Ulu ni handsome gila :3 cair kita tau. ehehehe *gatal* :p hahah, handsome gentle handsome. Aku ingatkan orang Sarawak ni takda la handsome sangat macam dekat Sabah rupanya handsome juga. Takpa takpa nanti kita cari kawan ya :3 Boleh pergi lagi. Seriously aku nak pergi lagi. Next time dengan cousin la pula. Best gila-gila cultural village! :*

Masa nak balik tuh aku rasa macam alahai down je. I dont know why. Maybe sebab aku jumpa someone yang handsome. Ehem :3 hahaa I also left my heart there. Maybe someday will find him again? who knows right? hehe :3 

So yeah! So far dua tempat jelah aku pergi. Next time pergi lagi. Sangat seronok sana. Cuaca dia. Kawasan dia. Semualah! Masa nak balik tuh rasa berat je nak balik KL :( takpa takpa nanti aku balik juga. Heee ~ Lagipun aku duduk sini sekejap je dalam dua minggu, itupun sebab nak ambil buku teks sekolah. Banyak yang nak kene bawa. Everythinglah. Rasa tak sabar nak balik Kuching balik! :D Tapi dalam masa yang sama rasa sedih pula tinggalkan kawan-kawan dekat sini :( hope korang jaga diri  baik-baik tau. Aku sayang korang sangat-sangat! Kalau ada rezeki kita jumpa lagi :') 

So yeah, see you guys again. Thanks sebab habiskan masa korang dekat sini. Assalammualaikum! :*

Yep! 
Dini ;)

Friday, October 12, 2012

2 years.

Assalammualaikum,

Hi oulls. *haha dah boleh stop sebenarnya pakai oulls :p* Ok.

Alright what to do. Hm, oh bulan ni aku tengah exam. Final tuh. Tapi entahlah aku rasa takda mood nak study. Takda mood nak pergi sekolah. Semua takda mood. Lately aku asyik down je. Aku tak tahu kenapa. Hm

Entah sampai bila aku nak down pun tak tahu. Penat juga kadang-kadang. Hm whatever lah takkan la update ni pun down juga kan? Orang yang baca pun dah down. Hahaha eh?

Haihh, pejam celik pejam celik dah nak dekat babah pindah sana. Aku rasa macam cepat sangat masa berjalan. Rasa berat je nak suruh babah pergi. Tahu lah aku akan pergi sekali tapiiiiiiii untuk sementara ni takda babah bosanlah. Yelah daddy's girl kan :p hahaha cehh ~

Hahaha, whatever lah nak gedik gedik ke nak bermanja-manja pun blog aku :p dengki!

Hm, what else nak cerita ni? Oh yeah dah genap 2 tahun aku bersama dengan si Dia. Siapa? Logan Henderson lah. Hehehe ehh biarlah nak berangan ke apa. Semua dengki! haha whatever. Dah dah Later update. Byebye! Assalammualaikum xx

Its been 2 years I've been knowing you and I will always love you forever and ever :*
Dini ;)

Wednesday, October 10, 2012

Moving......

Assalammualaikum,


Hi oulls! Apa khabar? Sihat? hahaha bajet macam ada orang baca :P

okay, first of all. Ada satu keputusan yang aku perlu terima whether I want it or not kene ikut juga. Benda ni bukannya boleh bawa main. Kalau salah langkah menyesal pula tak sudah. hm ~

So, here it goes. Ayah aku dapat transfer kerja. Nak tahu mana? Hm mana boleh bagitahu tunggu dah sampai sana InsyaAllah aku bagitahu. Susah tau nak buat keputusan ni. Hm ;/ Dah la serabut. Dok fikir-fikir pasal benda tuh boleh stress. hm, Sabar jelah.

Sebenarnya aku post ni sebab aku ada something aku nak bagitahu tapiiiiiiiiiiiiiiiiii hati aku ni berat sangat nak bagitahu. Aku sendiri pun tak tahu. Tapi lama-lama aku simpan pun sakit juga. Simpan je dalam hati ni. Hati aku sakit siapa je tahu? Hanya Allah SWT je tahu. Plus sakit dia teramatlah pedih. Kadang-kadang nak la juga luahkan tapi entahlah rasa macam buang masa je. Baik simpan je kan? Sakit pun sakit lah. Hope one day akan lupa kan juga :') hee ~

Hm, itu je yang aku nak post sebenarnya. Hope korang tak risaukan aku dekat sana. Aku selalu berdoa agar aku baik-baik je dekat sana nanti. InsyaAllah. Amin :')

Dini ;')

Its a longggggggggggggggggggggggggggg way to go :'(

Saturday, August 11, 2012

ITS MY 16TH BIRTHDAY!

Assalammualaikum,


Hi Hi! Hey guess what? Today is 11th August 2012. Thats mean ITS MY BIRTHDAY! Yeah people! Ma Birthday. I'm turining 16 this year. Today. Ahhhh i'm so grateful plus happy! Ya Allah! :D

So harini nak Iftar dengan ma friends and celebrate my birthday. ahah not only me lah. Also Danish, And Nad. I just can't wait! Ya Allah. Tuhan saja la tahu apa aku rasa sekarang :3

So yeah! Siapa la orang yang pertama wish :3 saya harap CRUSH saya pun wish saya. Kalau dia wish. Memang sangat bermakna saya harini! Heee ~

Okay! its getting late. Will update something soon. Oh yeah sorry for not update. Been busy plus lazy. Sorry again. So yeah! Later peeps :*

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA SEMUA!! :D

Dini ;)

Saturday, June 02, 2012

I'm back!

Assalammualaikum,


Hi I'm back!
If you wanna know. I'm fine. Alhamdullilah. Sorry for long update. Busy like always. So here it goes.

Aku sebenarnya nak update something tapi aku blank -.- Great! Hm, let me think. Oh yeah. Last sunday aku and my family pergi Johor Bharu sebab nak daftarkan Along masuk Institut. NMIT okay. Mana ada jauh doh Johor dengan KL -.- And now life kitaorang lain. Tanpa Along. Senyap je bilik belakang. Gelap je. Hm, now aku takde kawan nak tolong jemurkan baju. Takde orang nak teman bila nak keluar. Now semua dah lain.

Yea, aku admit aku Along tuh memang la abang yang perangai yang macam haramz kan. Tapi kalau dah siblings tuh tetap siblings. Walau haram pun perangai dia. Dia tetap kita sayang kan? I know. And yea aku admit aku rasa biasa je bila Along takde sebab memang bila time aku balik sekolah je Along memang selalu keluar dengan Makcik "kesayangan" dia tuh -.- Middle finger to them. Nuff said. Dorang hanya guna kan Along sebab duit. Okay! stop taknak cerita pasal dorang.

Okay, aku pun tak tahu kenapa aku emotional sangat. Rasa nak menangis. Tahlah. Hm whatever. The first day kitaorang datang Johor. Ya Allah, okaylah sebenarnya. Tapi tuh la banyak jalan. Penat -.- Nak duduk hotel pun tak boleh. Haih -.- Asyik jalan je. Tapi tuhlah tempat dia macam tak selamat. Ramai cina. Boyanz. Gay. Nauzubillah ~ Sana susah nak cari kedai mamak. Ada pun jauh. Dekat dengan kawasan orang cina. Sana ramai mabuk ._. ikr? Insecure gila. Haihh, aku masa jalan dengan mama. Selalu tengok keliling sebab takut orang ikut belakang ke apa. Yelah sebab mama kan pakai hangbag so what you expect? Biarkan? Kalau aku takpelah aku pakai beg sandang. Eh? tapi memang pun bila keluar je aku ni protective gila. Tengok keliling. Risau semua ada. Hahahahaha poyo jap xD

Tapi fact about aku tuh lah jalan banyak sangat memang aku bising lah. Yea, aku memang bising. So? Kalau aku tak suka tak suka lah. And yeah, tempat yang best Danga Bay jelah. Tu jelah naik basikal macam kereta. Tuh la pengalaman yang paling tak boleh belah. Kayuh-kayuh. Hahahha kay.

Tapi hati aku time duduk sana asyik nak balik KL je. Memang dah tak suka dah Johor tuh. Hahaha -.- And on wednesday baru balik. Perasaan nak balik tuh. Ya Allah! Seronok gila. hahahah! Tapi sepatutnya sampai hari selasa je. Pastu expend hari sebab nak jumpa Along for the last time. Yeah, kasih seorang mak and anak tak boleh nak pisah. Lagi-lagi anak lelaki. And anak sulung. Rasa cepat je masa berjalan. Nak nak masuk college kan? yeah. Its awesome to be in U or College. Aaa :3 hahaha

Masa nak balik tuh pergh mana ada sedih. Aku macam biasa ah takde rasa apa-apa kan. Memang dah selalu kene tinggal. Yang mama jangan tanya ah. Along tahan je air mata dia. Yelah Johor babe! 5 jam kalau jalan sana. Ehey, aku mana suka 5 jam duduk dalam kereta. Asyik high way je. Bosan -.- kay.

Sebelum balik kitaorang pergi JPO. What is that? Its Johor Premiere Outlets. Pergh, sana mana ada macam London. Brand mahal-mahal. Harga beg macam purse kecik tuh pun dah Rm700 -.- Tak sesak nafas lak aku dalam tuh. Sakit hati je tak boleh beli. Alahai ~ Tapi syukur lah dapat juga beli baju dekat Padini. Dah alang-alang sale kan? Cukuplah. Kita ni takde la kaya. Tapi kalau ada rezeki adalah. Kan kan? :)

And then balik. Pergh, macam biasa highway. Malam-malam. Gelap. Pokok-pokok. Yeahhh, kerja aku tidur je. Pastu rehat sekejap makan malam and then tidur balik. And bila sedar je dah sampai rumah. Alhamdullilah, selamat sampai :) Yeah, long journey. Rasa penat tuh still ada. Tapi okaylah. okay je. hahaha kay.

Haha, kay aku ni suka sangat acar-acar. Kata blank tadi xD tetiba otak mengembang pula kan? ala, normal la tuh. Hahhaha! okay see ya next time. Its getting late. Bye bye.

Assalammualaikum xx

Quotes;

Dini ;)