Tuesday, May 28, 2013

whyy

Assalammualaikum,


Hi, semua! Kini saya kembali lagi. hahaha

Memandangkan sekarang ni tengah cuti sekolah. Saya nak cerita sikit. Semua orang pergi bercuti. Saya buat apa? kepishangan di rumah lah. Apa nak buat? Xbox saya rosak wei. Dia ada dekat hospital T.T baru nak main. Alahai ~ sedih betul. Dah lah tak dapat balik Kuala Lumpur :'( Sedih sedih.

Jealousnya dengan siapa yang pergi cuti. Benci tau tengok korang semua. Bosannya wei duduk rumah. Kalau lah saya ni ada banyak duit kan best boleh turun Kuala Lumpur :') Kalau la kan?

Sekarang nak tunggu kene tunggu raya. Hm, tak sabar nak balik Kuala Lumpur. Balik kampung. Ya Allah tak sabarnyaaaaa ;') Cepatlah raya. Nak balik Kuala Lumpur.

Hm, apa lagi eh nak cerita. Haritu punya la banyak nak cerita tapi dah lupa. Nanti next time saya update lagi. Dah blur ni. kbye!

Dini ;)

Thursday, May 16, 2013

Seteresss...

Assalammualaikum,


Hi semua. Kini saya kembali lagi. Apa khabar? harap korang sihat-sihat sahaja :)

So, 1 may haritu. Saya balik Kuala Lumpur. And guess what. It's not what I expected. So bored. Lame. Tetapi okay lah. At least dapat shopping dekat Uniqlo an? :* Sayang Uniqlo sangat-sangat. Ahaks. And dapat jumpa nenek and spend time dengan cousin walaupun sekejap. Rindunyaaa dengan korang :'( Tunggu lagi kita temu kay? raya kelak. Muah muah :*

Tetapi saya sangat-sangat tak suka bila saya balik takda siapa pun yang kesah. I mean like memang la dorang rasa sangat terkejut tapi tak terkejut sangat plus tak rasa macam nak korban kan masa dengan saya. I was so freaking sad and mad about that. Penat tau balik Kuala Lumpur. Bayar mahal-mahal. Tu yang saya dapat. Kayyyy ~ So, I accepted to update my twitter. Siapa terasa lantak pi. Saya dah penat dengan semua tuh. Maaf.....

Pastu lepas ni bila saya balik Kuala Lumpur saya akan bagitahu siapa je yang caring pasal saya. Yang hanya caring tetang saya hanya family, cousin, and some of my friend that cares about me. Hm, whatever lah. Dah malas nak fikir bah. Gentle. Sorry kepada siapa yang terasa maaf kan. Ini semua luahan hatiku. Dan ini blog saya yang punyalah. Suka hati lah nak post apa. mehhhh ~

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oh yeah! Minggu ni saya sangat stress sebab saya tengah exam. Gentle wa cakap. Minggu ni terasa sangat letih. Stress. Takda masa nak relax. Tidur pun tak cukup. Jawab exam pun dengan pening kepala. Gentle wa cakap. Penat! Terasa macam SPM ni seksa sangat. Bencinyaaa Ya Allah! Bila nak habis SPM ni. Dan ini juga rasanya for the first time saya study cukup-cukup. hahha boo ~

Pastu seminggu ni saya macam abaikan phone sekejap, ceh abaikan :p Si Najwa dok risau. Lekk la brader. Mu kene faham kamek tengah study. Busy. Penat. Letih. Minggu ni. So toksah risau lagi kay? hahahha. Tapi terima kasih sebab caring :3

Tapi emang saya busy pun. No lie. Tak sabar nak habis SPM. Nak balik Kuala Lumpur. Nak pi jalan-jalan satu Kuala Lumpur. Nak karok puas-puas. Cehhh ~  Lepas tu baru lah pi study dekat universiti an? Meheheheh :3 Apa-apa pun wish me luck 6 November nanti. Saya akan ambil SPM. Hmm, takutnyaaa :S

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ni saya baru dapat tahu, Big Time Rush (BTR) dah ada album yang ke 3. 24/seven. Ya Allah wei best lagu dia. Nak kene cari lah. Gentle I so admired the album so freaking much. Sukanya saya dengan husband kita. Congrates kay hubby sayang :* Tak sabar nak beli album tu dengar awak nyanyi eh hubby :* heeeee ~ muah muah. hahahah

Mehheheh ~ jangan la macam tu. Saya memang macam ni. Alaaa,, macam la korang tak macam tu. Kalau tak tipu ah tuh. Ecehhh ~ puihhh tak kesah pun korang nak cakap pe. Mehhh ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hm, apa lagi nak nak cerita eh? Dah blur lah. Rasanya tu jelah nak cerita. Sorrylah kalau macam merepek ke. Macam pelik ke. Tu je yang ada dalam otak kawe ni. hahahah

Later update lagi. okay? Byeee. Assalammualaikum :*

Deeeeeeeepppppp inside my heart
Dini ;)

Friday, April 12, 2013

....What?

Assalammualaikum,

Hi kawan-kawan! :D heee ~ kita bertemu lagi. haha

So, babah baru je balik. And babah bawa balik Roti Gardenia. Ya Allah wei punyalah rasa sebak sikit sebab dah lama tak makan roti gardenia. Lagi-lagi roti chocolate dia. Agak ah wei dah masuk 3 bulan lebih tak dapat makan roti gardenia. Sedih-sedih. Kenapa la dekat Sarawak ni takda gardenia? -.-

Okay korang nak tahu tak harini satu hari saya mengamuk? Nak tahu sebab apa? Hm, tak tahulah saya rasa benda tuh kecik je. Tapi benda tu juga benda yang paling saya benci. Iya itu sorokkan barang saya. I mean like hey! I know that i'm from semenanjung but why kene layan macam tuh sekali? And tahulah perkara tuh hanya benda main-main. Dalam main-main tu juga terasa dihati ini faham? Haihh! Tu baru sikit tau. Belum tengok saya marah macam mana -.-

And yes, again. Aku tahu aku hanya menumpang di tempat orang. Tapi jangan la macam tuh sekali. Saya malas la nak gaduh-gaduh ni. Bila nak mengamuk je mesti ingat pesan nenek. Ya Allah teringat pula dengan nenek. Rindunyaaa dengan nenek. Rindu dengan atuk. Apa khabar dorang eh? Rindunyaaa dengan dorang. Haihh~ tak sabar la pula nak balik KL. Tapi lama lagi T.T raya bhai. Takpalah kene sabar. Sabar. haha :)

Anyway malas sebenarnya nak cerita pasal benda yang tak suka harini. Cuma benda macam tuh jangan di bawa main sangat. Saya ni dah lam rindukan KL. Dorang buat saya macam ni. Apahal? fikir ganster sangat. Hokkkalohh! Hm, dah lah malas la nak cari pasal. Tukar topik.

Hm, ohh haritu on twitter. Pastu terjumpalah satu gambar ni. Tertulis :-

Embedded image permalink

Yeahh, saya rasa semua ni saya tahu? Ada memang banyak cakap. I mean cakap laju. Semua benda di atas semua ada je sama dengan saya. Memang malam kadang-kadang menangis la juga. Teringatkan someone. Sihat ke someone tu kan? Pastu macam-macam la saya fikir. Susah hati ni menangung kerinduan. Siapa je yang tahu kan?

Apa-apa pun. After SPM kene juga turun KL. Time tuhlah masanya nak luangkan masa dengan orang yang tersayang di KL. Haaaaa ~ tak sabarnya nak tunggu saat tuh :') 

Nak minta tolong sikit tak? Boleh tolong doakan saya tak untuk lulus SPM? Boleh tak? Boleh? Haaa terima kasih eh korang. Jasamu amat dikenang :') haha sayang korang! :*

Hm, rasa-rasanya ada ke orang yang saya kenal baca blog ni? atau terjumpa ke? mesti dorang gelak kan sebab yelah saya update benda yang pelik. Pastu dengan tunggang-langgangnya. Hahaha k...

Okaylah. Update later. Assalammualaikum semua! xx

Dini ;)

Saturday, April 06, 2013

Life

Assalammualaikum

 

Hai semua! You olls nak tahu tak? I happy sangat tau. I happy ada sebab okay. Mana boleh bagitau. Nanti bocor rahsia I tau. hahahah :p gediks pulaks. ahaks. Nanti kalau ada masa I bagitahu eh :)

You olls tahu tak, dari ahad minggu lepas babah turun KL. I dah macam whyy? whyy? Why? I tak dapat turun KL sekali :( Sedih ya amat wei. Tapi takpalah raya nanti balik la eh. Thats okaylah. Sabar. Sabar itu separuh dari imam. Kan? :3 heee.

Harini dah 6 hari babah dekat KL. I mintak dia bawak balik roti cekelet kegemaran I tuh. Rindu ohhh dengan roti tuh. Kawan baik I tuh :/ I suruh dia bawa jelly beans sekali tapi takpalah. Time abang I datang baru lah suruh dia bawa. Ya Allah wei, jelly beans tuh pun kawan baik I juga. Rindu kawan baik I yang dua tuh. Takpa-takpa. Nanti kita bertemu eh? hahaha apa la nanti orang cakap. Gila kot I ni. haahhaha

Hahaha, apa sajalah. You know what? I ni kan tak sabar sangat nak balik KL. Walaupun raya lambat lagi. Puasa pun belum lagi. Tapi nak buat macam mana. Excited dia dah terasa. Ya Allah tak sabarnyaaaa :D

Babah pula hari Khamis minggu depan baru balik. Rindu gila dekat dia. Dia takda susah betul. Pishang sentiasa. Takda siapa nak ajar kita Math. Sejarah. Seni. Semua subjek yang I lemah semua takda orang nak ajar. Selalunya bila balik sekolah babah lah yang selalu tolong solve kan kerja sekolah I. haahah Daddy's girl kan? :3 Harini ni pun pishang dirumah takda pape nak buat. Walaupun I ni kene study sebab SPM dah nak dekat. Tapi tahlah. Pishanglah. Rasa malas nak buat semua kerja. Study. Apa semua. Internet pun lembs -.- Sabar jelah. 

Banyak benda nak kene buat sebenarnya. Tapi malas lah nak buat. Ni pun tengah layan WeChat. You know WeChat ni best gila. Macam Wokey tokey. Eh? hahaha lantaklah. Asal korang boleh baca okay la kot? hahaha. Haa, korang download lah. Jimat kredit. Pakai internet je. Smiley dia pun comel-comel je. hahahha

Sekolah minggu ni agak seronok lah. So far okaylah. Cuma ada time mesti macam siot je kan. Lagi-lagi classmate yang I kurang suka tuh. Ya Allah, I ingat I ni di tempat orang je. Kalau tak I dah sound dah dia. Tapi tak, I nak SPM taknak cari gaduh kan? I selalunya doa je dekat Allah. Tak bagitahu pun sesiapa. Walaupun ahli keluarga sendiri. Malas nak fikirkan sangat. Yang I tahu. SPM nanti I dengan bestfriend I and naik sama-sama. Berjaya sama-sama. Tu lah matlamat kiteorang. InsyaAllah boleh dapat. Doakan kami okay? Amin ~

Oh, 13th april ni Lawson nak mai KL right? Haa, ni yang I tak suka ni. Bila I dekat Kuching ada je concert artis kegemaran I turun KL. Haritu Demi Lovato. Now Lawson pula. Rasa macam tidak adil lah. Nak turun KL tiket mahal. So terpaksalah menahan kesedihan ini disini :( apa lahh nasib. haha. Tapi kalau ada rezeki abang I nak pergi concert dorang. I mintak dia belikan survenior. Kalau lah dapat. Terubat lah kesedihan ku ini. Ecehh ~ hahah

Hm, apa lagi eh? I pun tak tahu nak update apa lagi. Nak cakap pasal boypren, boypren tarak. Sedih. hahaha tak sabarnyaaaa nak balik KL. Ada something I nak buat bila dah dapat balik KL nanti. Ya Allah tak sabarnyaaa :') 

haha, okaylahh sampai disini sahaja. Kalau ada masa I update lagi. Tata ~ Assalammualaikum :)

*saja-saja je nak pakai I, I tuh. Jadi gedik sekali sekala :p

Yes! Thats right!
Dini ;)

Sunday, March 24, 2013

Frustrated

Assalammualaikum,


So, topik harini ialah frust,stress. Aku lately ni agak stress. Stress dengan result exam. Stress dengan hidup. Semualah. Tersangatlah stress. Hish!

Susah betul dapat hidup macam ni. Dengan sakit hatinya. Aku tak suka. Bukan apa lah. Aku dah cuba sedaya upaya untuk biasakan diri aku dekat sini tapi still tak boleh. Ada sikit-sikit lah. Tapi yang lain tetap tak boleh. Ya Allah kenapa lah dengan aku ni? Hishh!

Sejak kebelakangan aku rasa macam people annoyed me. You know? Annoying gila. Tahulah aku ni budak KL tapi kenapa nak layan macam haram dengan aku? Apa salah aku la dengan korang sampai nak layan aku macam tuh? Aku tak buat salah pun. Kalau ada pun aku mintka maaflah. Kay! Walaupun korang buat lawak tu main-main tapi hati aku ni terasa. Jangan pandang rendah sangat dengan aku ni. Aku pun manusia juga. Tak perlula kot layan aku macam tuh kan? hmm ~ 

Kadang-kadang aku okay. Kadang-kadang aku tak okay. Bila time tak okaylah aku rasa nak je balik KL. Memang aku tak tahan pun duduk sini walaupun aku dah push diri aku untuk biasakan diri dekat sini. Memang aku dah plan nak blah dari sini pun after SPM. Kalau bukan sebab SPM aku dah lama buat hala tuju sendiri wei. Cuma SPM je aku kene sabar sikit. Haihh, sabar jelah.

Aku tak patutnya update ni tapi aku tak boleh tahan dah. Haih! People just annoying me. I hate people. Why? Why aku kene face this sendiri? Why? Aku dah penat. Penat dengan semua. Penat dengan orang. Dengan SPM. Dengan sekolah. Dengan segalanya. Aku nak relax tapi tak boleh. Ada je benda yang buat aku badmood. Astagfirullah :( Kenapa la dengan aku ni? hmm. 

Ni lagi satu, babah ada cakap kalau babah tak dapat pergi oversea kelak kalau boleh babah nak stay sini lagi taknak balik KL. Alahai ~ ni lagi buat aku frust dengan plan parents aku ni. After SPM aku nak belajar dekat tempat lain taknak Sarawak or Sabah. Cukuplah buat hidup aku macam ni. Janganlah buat aku macam ni lagi. Kali ni je aku buat. Takda dah lepas ni. Biar aku buat keputusan sendiri. Tak kesahlah N9 ke, Kedah ke, Johor ke, janji bukan Sarawak or Sabah. Aku bukan tak suka cuma kurang minat. Tak tahu kenapa. Maaflah kay, aku tak sengaja nak buat org macam ni cuma aku tak tahu dengan diri aku ni.  Tengah frust. Semua aku nak cakap. Astagfirullah :( memang aku mintak maaf. Serious. Maaf. Ni apa yang aku rasa. Bukan sengaja. Maaf :( Hmm ~

Dah tu je aku nak update. Baru aku rasa lega sedikit. Sikit je. Tak banyak pun. Sedih betul aku sekarang ni :( hm, okaylah. Update later. Bye semua. Assalammualaikum. 

Dini ;)

haa, i hope so.

Friday, March 01, 2013

Memories

Assalammualaikum,


Hi semua, this is a quick post je kay? Takda masa nak update panjang-panjang. Maaf?

Okay aku just nak cakap yang aku rindu kawan-kawan aku dekat semenanjung. Aku rindu sedara mara. Semua benda yang aku buat bersama dorang semua aku rindu. Bila lah dapat jumpa lagi ehh? InsyaAllah kalau ada rezeki aku akan jumpa :')

Korang jaga diri baik-baik tau. Aku dekat sini baik-baik je. Harap korang pun okay. Jangan lupa study untuk SPM. Focus. And Goodluck SPM nanti. Korang pun doakan la aku kay? Terima kasih :')

Okayyy lahh, sampai disini saja. Update later okay. SAYANG KORANG GILA-GILA! :( *hugs*

And harap korang suka video di bawah ni. Aku buat khas untuk korang. Korang kene tahu yang aku rindu and sayang korang sangat-sangat. Okay? heee :')

Byebye! Assalammualaikum! xx

*** Terima kasih untuk segala kenangan yang kita pernah buat. Aku sayang korang gila-gila.***
Jaga diri baik-baik. And goodluck for you SPM :')

Enjoy!


Dini ;)